Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BARU BEROPERASI DAH LETAK JAWATAN???

SEMUT HITAM
BARU BEROPERASI DAH LETAK JAWATAN???

Aik? Pelik juga baca cerita ni. Padahal, baru dua tiga hari lepas kita dengar cerita kata syarikat penerbangan yang patuh syariah tu beroperasi. Dah ada dikalangan mereka yang letak jawatan?


Apa cerita sebenarnya? Kenapa cepat sangat dia nak letak jawatan? Yang yang tak kena ke dengan operasi syarikat tersebut sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan sedemikian?

Dengar ceritanya, Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari semalam telah mengumumkan peletakan jawatannya di syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu.

Jaafar berkata, beliau mengemukakan surat peletakan jawatan pada 13 Januari lalu selepas empat bulan memegang jawatan berkenaan dan menamatkan perkhidmatannya pada Jumaat lalu.
"Berdasarkan kepakaran dan pengalaman saya sebagai bekas pengawal selia Jabatan Penerbangan Awam (DCA), matlamat saya adalah membantu dalam pembentukan syarikat penerbangan ini daripada segi keselamatan operasi."Saya telah melakukan tugas berkenaan dan Rayani Air kini sudah beroperasi. Sukacitanya ingin saya beritahu bahawa saya sekarang mempunyai prospek kerjaya lain yang perlu diberi tumpuan," katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online pada Rabu.
Menurut Jaafar, beliau akan membuat pengumuman mengenai kerjaya baharu itu apabila tiba masanya. Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pada 20 Disember tahun lalu bagi laluan Kuala Lumpur-Langkawi.

Isnin lalu, Rayani Air telah memperkenalkan laluan menghala ke Kuala Lumpur - Kota Kinabalu, iaitu laluan ketiga selepas Kuala Lumpur - Langkawi dan Kuala Lumpur - Kota Baru.

Bagi fasa pertama, syarikat penerbangan itu akan menggunakan khidmat dari dua buah pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Baru, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.

Jadi, bukan la dia letak jawatan sebab tak puas hati dengan syarikat penerbangan tersebut. Jauh sekali ada dikalangan mereka yang tak suka cara dia menguruskan syarikat. Tapi sebab dia dah memenuhi kehendak yang ditetapkan. Jadi, memang berbaloi la kalau dia letak jawatan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.