Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER PARTI "KUALI" DITUNTUT BAYAR SAMAN!!!

SEMUT HITAM
BLOGGER PARTI "KUALI" DITUNTUT BAYAR SAMAN!!!
Lepas Presiden parti 'Kuali' tu dituntut dan diburu untuk membayar saman terhadap Bekas Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kini tiba giliran blogger dia pulak kena.

Mahkamah Tinggi Ipoh telah mengarahkan blogger pro PAN, Mohamed Ali bin Hussain pada Isnin membayar gantirugi sebanyak RM35 ribu kepada Pesuruhjaya Pas Perak kerana memfitnah.

Mohamed Ali yang lebih dikenali sebagai blogger Al-Husseyn didapati bersalah memfitnah Razman dalam artikel bertajuk ‘Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer‘ yang ditulis pada 14 Mei tahun lalu.
“Selain ganti rugi RM35 ribu yang termasuk ganti rugi teladan, Al-Husseyn juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM5 ribu serta faedah sebanyak 5% ke atas amaun RM35 ribu tersebut mulai 5 Oktober 2015 sehingga penyelesaian sepenuhnya.“Keputusan berkenaan diumumkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, Puan Nurul Hafizah binti Mohammad Pauzi,”lapor facebooker pro PAS, Komander Abu Suffian.
Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh juga telah memberikan perintah injunksi untuk menahan defendan (Al-Husseyn) daripada melafazkan, atau bercakap mengenai isu yang sama. 

Selain itu, mahkamah juga menetapkan agar defendan dilarang dari menerbitkan pernyataan fitnah tersebut atau kata-kata yang sama memfitnah Razman baik secara lisan atau di media cetak dan/atau elektronik.

Perintah injuksi itu bermula pada 5 Oktober tahun lepas. Yang Di-Pertua PAS Perak, Razman yang turut hadir ke mahkamah, melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan itu.

Beliau menegaskan bahawa bukan wang yang merupakan keutamaan beliau ketika menyaman Al-Husseyn, namun ia disebabkan fitnah yang melampau di dalam penulisan artikel tersebut.

Hakikatnya, fitnah kini sudah menjadi resam dikalangan puak - puak parti 'Kuali' pimpinan Si Mat Sabu tu. Mungkin semuanya akibat dendam kesumat yang terbuku dihati mereka sebab PAS enggan menurut kehendak DAPigs dalam melaksanakan Hukum Hudud!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.