Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MB CAP AYAM, EXCO KANGKANG BUTA!!!

SEMUT HITAM
MB CAP AYAM, EXCO KANGKANG BUTA!!!
Huh! Kesian sungguh bila mengenang nasib mereka yang telah mengundi puak - puak Pakatan Haprak tu sebelum ini. Nasib diorang sekarang ni hanya tak ubah seperti 'Kerakap Atas Batu' je.

Sudah la diorang dapat Menteri Besar Cap Ayam melalui perlaksanaan agenda 'Langkah Kajang' yang akhirnya telah menyebabkan perpecahan didalam Pakatan Haprak tu di Selangor.

Dapat pulak Exco dan ADUN yang setakat tau mengangkang tapi tak reti buat kerja. Apa yang berlaku didepan mata dia semuanya dia tak nampak je. Luahan suara rakyat hanya dibuat pekak belaka.

Perkara itu boleh kita lihat dengan jelas apabila pihak Rejim Pakatan Selangor tu didakwa mengabaikan kepentingan rakyat dengan mengelirukan rakyat mengenai projek Lebuhraya DASH.

Jika sebelum ini, sewaktu Si Khalid Ibrahim tu nak digugurkan dari jawatan Menteri Besar, puak - puak PKR ni jugak yang paling kuat melalak pasal isu yang sama. Lepas tu, diorang diam pulak.

Kali ini, isu tersebut sekali lagi dibangkitkan bagi membuktikan bahawa Rejim Pakatan Selangor tu hanya setakat 'Cakap Tak Serupa Bikin'. Melalak je yang diorang tau tak tentu arah.

Tindakan berdiam diri mengenai isu berkaitan dengan pembinaan Lebuhraya Damansara - Shah Alam (DASH) itu membuktikan bahawa Rejim Pakatan Selangor mengenepikan suara rakyat.
“Adalah jelas bahawa Azmin Ali lebih suka untuk menutup isu-isu berbanding melaksanakan dasar yang mesra kepada orang ramai. Menutup segala kontroversi dan memberikan alasan yang baik untuk mengelirukan orang ramai,” kata Pengerusi GERAKAN Selangor.
Tak cukup setakat itu sahaja. Malah sikap yang ditonjolkan oleh ADUN Bukit Lanjan yang acuh tak acuh mengenai isu itu juga membuktikan bahawa dia sendiri tidak menjalankan amanah.
“Dia bukan sahaja gagal melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat tetapi mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya lagi.
Nah! Itu membuktikan bahawa Pakatan Haprak ni pun tak kurang bezanya dengan orang lain. Tinggal lagi, ke-MUNAFIK-an mereka itu lebih menyerlah. Berbaloi gamaknya diorang fitnah Si Khalid Ibrahim tu dengan isu berkaitan pembinaan Lebuhraya tu sebelum ini!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.