Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(CALON PERDANA MENTERI) Kita Merancang Allah Menentukan, Apa pun Berlaku Rakyat Tetap Bersama Mukhriz

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(CALON PERDANA MENTERI) Kita Merancang Allah Menentukan, Apa pun Berlaku Rakyat Tetap Bersama Mukhriz
Alor Setar: Kemelut politik Kedah yang berlangsung sejak dua minggu lalu dijangka berakhir berikutan pelantikan Menteri Besar baru bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sumber dalaman berkata, desakan pimpinan UMNO negeri yang hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Mukhriz dijangka menjadi kenyataan sekali gus bakal menyaksikan perubahan pentadbiran kerajaan negeri.
Menurutnya, setakat ini terdapat gambaran di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kemungkinan bakal berlaku perubahan tampuk pentadbiran negeri dengan pertukaran Mukhriz.
"Kita dimaklumkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan pendirian semua 36 ADUN Barisan Nasional (BN) serta pembangkang berkenaan, dan menunggu keputusan penggantian Menteri Besar baru dibuat," katanya.
Beberapa ADUN yang enggan nama didedahkan ditemui, berkata secara prinsip Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan.
Menurutnya, Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemubual semua ADUN BN dan pembangkang juga dikatakan membuat kesimpulan bahawa Mukhriz hilang sokongan.
Sementara itu, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah turut memaklumkan bahawa satu sidang media rasmi dijangka akan diadakan, hari ini, namun enggan mengulas lanjut berhubung butirannya.
Pada sama sama, Mukhriz juga akan mengadakan sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, 10 pagi nanti.
- mymetro

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.