Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[DEPA SANGGUP BOHONG GUNA NAMA ISTANA] Mukhriz: Dakwaan Istana suruh saya undur adalah BOHONG

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[DEPA SANGGUP BOHONG GUNA NAMA ISTANA] Mukhriz: Dakwaan Istana suruh saya undur adalah BOHONG

Malaysiakini melaporkan bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan beliau disuruh menandatangani surat meletakkan jawatan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Dakwaan dalam media perdana dan blog pro-Najib bahawa saya telah disuruh oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk meletak jawatan dengan menandatangani surat, tapi kononnya saya enggan melakukannya sebanyak dua kali adalah satu pembohongan semata-mata,” katanya.
Penafian itu dibuat di Facebok Mukhriz Mahathir FC pagi tadi.
Kedudukan Mukhriz menjadi kemelut setelah dipertikaikan timbalannya dalam Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang memimpin sidang media menolak kepimpinannya dua minggu lalu.
Ia dipercayai susulan kelantangan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengasak pentadbiran Najib dan mendesaknya berundur.

Walaupun anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dikatakan tidak lagi bersamanya Mukhriz, namun rakyat Kedah kekal menyatakan sokongan terhadap Mukhriz. - MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.