Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DIKECAM SEBAB SUKA 'SELAK KAIN' ORANG!!!

SEMUT HITAM
DIKECAM SEBAB SUKA 'SELAK KAIN' ORANG!!!
Haduyai!!! Mungkin inilah budaya yang menjadi kebiasaan dikalangan puak - puak Pakatan Haprak ni. Nak pulak bagi puak - puak PKR. Benda yang betul pun, sehabis boleh diorang nak sorok.

Dan bila ada orang yang membangkitkan isu - isu penyelewengan didalam parti, mula la diorang panas punggung, desak supaya parti mengambil tindakan terhadap pihak yang buat pendedahan.

Perkara ni bukannya baru. Malah ianya sudah bermula sejak pemilihan parti tu sebelum ini. Asal ada je yang buat pendedahan mengenai penyelewengan dikalangan pemimpin, pasti kena tindakan.

Yang terbaru, pendedahan mengenai pembaziran dan penyelewengan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor secara membabi buta dengan menggunakan Dana Rakyat sesuka hati.

Bila perkara tu didedahkan kepada umum, maka mula la ada pihak yang 'panas punggung' dan menggelupor tak tentu arah. Sekarang sibuk la diorang nak suruh parti ambik tindakan.

Kononnya, pendedahan yang telah dibuat oleh Si Chagubard tu hanya sekadar memecah-belahkan perpaduan dikalangan ahli - ahli parti dengan menggunakan saluran yang tidak betul.
"Pihak MPN Selangor merasa amat kesal sekali dengan beliau kerana menimbulkan kekeliruan di atas perkara tersebut, kerana isu tersebut telah diselesaikan secara konsensus dengan ketua cabang negeri Selangor, ini menggambarkan beliau tidak mendapat maklumat yang betul, dan sahih. 
"Beliau membuat komen hanya mendengar satu pihak sahaja tanpa mendengar pihak kami sebagai pentadbir yang melaksanakan proses pemilihan untuk beri penjelasan," katanya.
Persoalannya, jika benar dakwaan yang dibuat oleh Si Chagubard tu tak betul, kenapa diorang tak ambik tindakan undang - undang? Kenapa diorang tak saman je Si Chagubard tu?

Kalau kita baca dari satu sudut, seolah - olah tindakan yang nak diambil hanya sekadar satu percubaan untuk menyembunyikan kebenaran dari diketahui oleh masyarakat secara umum.

Setakat ambik tindakan disiplin parti, ianya tak ubah seperti nak suruh Si Chagubard tu supayan 'Tutup Mulut' dan tidak mendedahkan kemaluan parti kepada rakyat secara terang - terangan. Bukannya untuk menegakkan kebenaran!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.