Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr M cabar Peguam Negara bersumpah dengan Al-Quran

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Dr M cabar Peguam Negara bersumpah dengan Al-Quran

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersumpah dengan al-Quran bahawa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara dalam isu derma RM2.6 bilion tidak mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasuah.
Dalam tulisan di blognya semalam, Mahathir berkata, Peguam Negara sudah tiada kredibiliti apabila beliau menolak laporan SPRM dan Bank Negara.
“Beliau (Mohamed Apandi) mencadangkan hukuman penjara seumur hidup kerana membocorkan maklumat kerajaan, satu petunjuk jelas bahawa beliau menyembunyikan kebenaran. Sebagai orang Islam yang baik, beliau sepatutnya bersumpah dengan al-Quran di masjid dan disaksikan pegawai masjid serta orang ramai bahawa laporan itu tidak mengaitkan Najib dalam apa cara pun.
“Beliau tidak sepatutnya cuba menipu dengan bersumpah lain di dalam hati, dan melafazkan sumpah yang lain. Ia akan menjadi dosa yang berganda,” katanya.
Peguam Negara pada 26 Januari lalu mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri berkait tiga kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan SPRM.
Dalam pada itu, Mahathir turut mendakwa seolah-olah terdapat usaha oleh kerajaan untuk menangkap beliau.
Ketua Penerangan (Umno) yang baharu (Tan Sri Annuar Musa) menyatakan saya berbuat begini (mengkritik kerajaan) kerana saya mahu ditangkap. Ini jelas satu amaran dengan hasrat untuk menahan saya,” katanya.
Sebelum ini, Annuar berkata, tindakan berterusan Mahathir yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mencetuskan persoalan sama ada beliau sedang merancang agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.
 Sementara itu, mengulas mengenai isu rasuah, Mahathir mencadangkan supaya pihak berkuasa menjalankan audit terhadap gaya hidup suspek yang terlibat.
Adakah kehidupan mereka mengikut kemampuan? Jika melebihi kemampuan, satu siasatan menyeluruh perlu dibuat ke atas semua sumber pendapatan suspek,” katanya.
Katanya, dalam isu derma RM2.6 bilion, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai hak untuk menyiasat Perdana Menteri.
LHDN seolah-olah tidak melakukan tugas mereka dalam kes melibatkan Perdana Menteri, yang secara prinsipnya merupakan pemilik RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank. Jumlah wang ini jelas melebihi apa yang Perdana Menteri Malaysia boleh miliki, siasatan mesti dibuat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.