Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fenomena Bendera BN Gantung TERBALIK, dulu Kedah, Kemudian JOHOR, Kini di SELANGOR

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Fenomena Bendera BN Gantung TERBALIK, dulu Kedah, Kemudian JOHOR, Kini di SELANGOR

Jika sebelum ini bendera Barisan Nasional terbalik ini hanya muncul di Kedah semasa Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir digulingkan oleh rakan subahat Najib Razak.
Kini selepas Tan Sri Muhyiddin digantung jawatannya, dan Tun Dr Mahathir pula meninggalkan UMNO. Bendera BN terbalik kini muncul dibeberapa kawasan di Johor. seperti Batu Pahat, Pontian, Pagoh dan beberapa tempat lain.

Apakah ini protes ahli akar umbi kepada pucuk pimpinan UMNO?







Gambar dibawah pula diambil disekitar jalan Kampar, Selangor pagi tadi.









Jelas kelihatan beberapa bendera BN telah digantung terbalik. Penulis percaya ia dibuat bagi menunjukkan protes tentang sebarang keputusan pucuk pimpinan yang tidak mengambil kira suara akar umbi.

Pemimpin UMNO kena sedar, jika tiada akar, mana datangnya pucuk yang kuat? Kalau akar goyah, bukan kata pucuk, batang pokok pun boleh tumbang.

Lain la kalau pucuk tu duduk atas angin, confirmlah tak jatuh.


-http://www.mukhrizmahathirfc.com

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.