Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[JAHAT SUNGGUH DEPA] Lebih 100 Skru Ditemui Di Lokasi Perhimpunan Penyokong Mukhriz

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[JAHAT SUNGGUH DEPA] Lebih 100 Skru Ditemui Di Lokasi Perhimpunan Penyokong Mukhriz

ALOR SETAR: Sejumlah skru ditemui di tempat letak kereta di Stadium Darul Aman sebelum berlangsungnya perhimpunan melibatkan penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Penyokong Menteri Besar Kedah itu dijangka mengadakan perhimpunan di stadium itu pada malam Isnin.

Skru berkepala rata merah berukuran lapan sentimeter panjang ditemui di sekitar kawasan tempat meletak kereta yang boleh memuatkan sehingga 50 kenderaan.

Seorang pekerja stadium yang mahu dikenali sebagai Zali, 35 telah mengumpul semua skru berkenaan dan meletakkannya dalam beg plastik kecil.

"Dalam masa setengah jam saya dapat mengumpul lebih 100 skru," katanya.

Beberapa peniaga pasar malam turut membantu Zali mengutip skru berkenaan. - MSTAR

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.