Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH] Nasihat Kepada Pendokong Mufti Perlis dan Dr. Zamihan

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH] Nasihat Kepada Pendokong Mufti Perlis dan Dr. Zamihan

1) Kepada pendokong Dr Maza dan Dr Zamihan bawa bertenang. Tidak perlu kita lebih kuah daripada sudu.

2) Sepatutnya tak perlu viral atau update apa-apa di fb sehingga perbincangan dan persetujuan berlaku kerana ia menyebabkan persepi yang tidak sihat di kalangan pendokong dan penentang.

3) Bawa bertenang semua. Jangan membuat kesimpulan melulu kerana debat dua tokoh ini belum berlaku. Isu "penakut" itu lebih dilihat kepada serangan psikologi yang tidak membawa kebaikan. 

4) Sebelum ini, debat di antara Dr Rozaimi dan Ust Engku juga dikatakan Ust Engku penakut kerana seolah-olah debat dibatalkan kerana isu kelulusan majlis agama dan alhamdulillah ternyata Ust Engku menunaikan janji beliau.

5) Saya melihat kekalutan pendokong ini berlaku disebabkan tokoh itu sendiri yang menulis di fb dan membawa kepada andaian dan persepsi yang tidak baik di kalangan pendokong mereka. Saya sedih melihat kepada komentar-komentar yang tidak menunjukkan akhlak islamiah, caci maki, cela mencela yang hanya memuaskan hawa nafsu kita.

6) Jadilah muslim yang matang. Kita serahkan kepada kedua tokoh ini untuk mendapat persetujuan kedua pihak. In Sha Allah saya melihat diskusi ini akan berlaku cuma masa, tempat dan format mungkin berubah kerana apa yang diviralkan hanya keputusan sebelah pihak.

7) Isu tawaran 24 jam itu pada saya ia menunjukkan sikap emosional bukan professional.

8) Saya juga melihat ada kebaikan jika Dr Maza menyahut seruan diskusi bersama Ustaz Abu Syafiq terlebih dahulu jika beliau tidak sabar-sabar untuk berdebat kerana Ustaz Abu Syafiq juga di antara tokoh yang lantang mengkritik ideologi dan pemikiran Dr Maza semenjak 10 tahun yang lepas.

9) Semoga Allah memelihara kita daripada tipu daya iblis yang cuba memecahbelahkan kesatuan umat Islam.

Pencinta keamanan,
Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));

Taktik kotor.Debat tersebut belum pun mendapat persetujuan Dr Zamihan, tetapi diviralkan oleh MAZA seoalah-olah ianya telah dipersetujui oleh semua pihak yang berkenaan.Lihatlah akhlak mufti.
Posted by ‎احمد نور حزرول‎ on Monday, February 8, 2016

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.