Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAFIZI MANA TAU APA ITU DOSA!!!

SEMUT HITAM
RAFIZI MANA TAU APA ITU DOSA!!!
Dosa? Kah! Kah! Kah!!! Memang lawak betul bila ada orang cuba nak bagi nasihat pada Si Rafizi tu tentang 'Dosa' dan 'Pahala'. Budak sekolah tinggi macam dia mana tau apa itu 'Dosa'.

Tambahan pulak Si Rafizi tu kan 'Maksum' dan 'Suci'. Apa yang dia buat semuanya dikira betul belaka. Itu kan 'Logik' yang biasa diguna-pakai oleh Macai puak - puak Pakatan Haprak tu.

Jadi, tak perlu la ada pihak yang cuba nak mengajar Si Rafizi tu tentang 'Dosa' dan 'Pahala' ni. Kalau Si Rafizi tu tau tentang 'Dosa' dan 'Pahala' ni, dah tentu - tentu dia takkan buat Fitnah yang bukan - bukan main ikut sedap Kepala Lutut dia je!!!
KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali tampil menyelar pihak yang gemar menyebar fitnah tentang pengurusan Tabung Haji (TH), yang secara langsung telah menghakis kepercayaan masyakarat terhadap institusi kewangan Islam terbesar dan terpenting itu. 
Kesal dengan tindakan tersebut, Aidit turut menyoal sama ada pihak berkenaan sedia bertanggungjawab atas tindakan mereka yang telah menyebabkan sebilangan pendeposit TH sanggup mengeluarkan simpanan mereka sehingga membatalkan niat menunaikan ibadat haji. 
"Saya dapat laporan ada segelintir umat Islam yang sudah dipilih untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, namun kerana termakan dengan dakyah dan fitnah berkaitan TH, mereka sanggup keluarkan wang deposit malah siap batalkan niat untuk mengerjakan ibadat haji. 
"Pihak yang telah menimbulkan pelbagai dakwaan terhadap TH kena sedar bahawa bukan kepentingan politik yang merupakan penentuan kebenaran atau pencerahan yang mereka mahu bawa. 
"Mereka kena sedar implikasi yang mereka bawa. Apakah mereka bersedia menanggung dosa apabila ada pihak yang membatalkan hasrat menunaikan haji?," demikian menurut Aidit dalam satu temubual bersama Antarapos hari ini. 
Sebelum ini pembangkang dilihat cuba memainkan isu berkenaan Tabung Haji dengan mendakwa lembaga itu sebagai bankrap, setelah ia mengambil masa sedikit lewat untuk mengumumkan dividen kepada pendepositnya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.