Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAGI (GAMBAR) YANG BUAT PARTI 'KUALI' MEROYAN!!!

SEMUT HITAM
LAGI (GAMBAR) YANG BUAT PARTI 'KUALI' MEROYAN!!!
Huh! Harap - harap jangan la ada yang hilang akal tengok gambar kat atas ni sudah la. Nak pulak dikalangan puak - puak parti 'Kuali' pimpinan Si Mat Sabu tu atau puak - puak DAPigs tu.

Mana la tau ye tak. Kot - kot kalau ada yang sampai berguling - guling atas jalan raya lepas tengok gambar dibawah ni sebab tak boleh terima kenyataan. Maklum la, diorang ni kuat meroyan.

Pantang tengok pemimpin PAS berbaik - baik dengan pemimpin UMNO. Nak pulak kalau dalam keadaan yang memberi keuntungan kepada perpaduan Umat Islam. Lagi la diorang ni 'Bengkak Bijik Mata' menengoknya. Diorang boleh tengok orang Islam bersatu!!!
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebelum bermulanya Mesyuarat Perundingan Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Khamis.
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya penyebaran dan usaha dakwah melalui internet diperluaskan seiring penggunaan media tradisional.

Beliau berkata penyampaian dakwah melalui internet merentasi sempadan serta mampu menyasarkan segenap lapisan bangsa.

"Melalui kaedah ini, pelbagai keperluan semasa umat Islam dapat dicurahkan mengikut cita rasa semasa yang sesuai dengan ajaran Islam," katanya dalam kenyataan yang diedarkan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan Islam (MPI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Khamis.

Mesyuarat lebih dua jam yang dipengerusikan beliau itu turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.

Katanya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ledakan media baharu dikenal pasti antara punca berlakunya pelbagai krisis dalam masyarakat, dan peredaran maklumat dari pelbagai saluran media massa tidak berautoriti menyebabkan sesetengah isu mudah diputar belit pihak tidak bertanggungjawab.


"Kita dapati sebahagian isu-isu bersifat terpencil sering kali diperbesarkan untuk memburukkan imej Islam dan melakukan 'pembunuhan karakter' terhadap institusi agama, ketua jabatan agama, para mufti dan juga ilmuan Islam," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.