Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAFIZI PUSING LAGI, TAPI DUIT NAK KELUAR JUGAK!!!

SEMUT HITAM
RAFIZI PUSING LAGI, TAPI DUIT NAK KELUAR JUGAK!!!
Pusing bang, Pusing!!! Selagi boleh pusing cerita, itulah perkara yang akan dilakukan oleh Si Rafizi tu bagi menjustifikasikan dakwaan yang dilemparkan terhadap Tabung Haji sebelum ini.

Semuanya hanya kerana Si Rafizi tu dah hilang kemaluan apabila jumlah simpanan dia yang mencecah hampir sebanyak RM 500 ribu didalam akaun Tabung Haji tu didedahkan kepada umum.

Kali ini, Si Rafizi tu cuba menggunakan jawapan berkaitan dengan rizab institusi kewangan Islam tu sebelum ini dan mendakwa Tabung Haji tidak menafikan rizab negatif yang dialaminya.

Soalnya sekarang, walaupun mengalami rizab Negatif, adakah duit pendeposit yang menyimpan dalam Tabung Haji itu berkurangan? Terjejas atau pun tidak simpanan mereka?

Itu persoalan utama yang perlu dijelaskan. Tapi nampak gayanya Si Rafizi tu hanya menumpukan perhatian kepada pemberian Bonus Tahunan yang diberikan oleh pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji tu sahaja.

Hakikatnya, pihak Lembaga Pengurusan Tabung Haji masih lagi mampu untuk memberikan Bonus Tahunan selama dua tahun berturut - turut.

Tahun lepas, Tabung Haji bagi Bonus Tahunan sebanyak 6.25 peratus dan Bonus Haji sebanyak 2 peratus. Tahun ini, Tabung Haji bagi 5 peratus Bonus Tahunan dan 3 peratus Bonus Haji.

Kalau Tabung Haji ni takde duit seperti yang didakwa oleh Si Rafizi tu, bagaimana diorang mampu memberikan Bonus Tahunan serta Bonus Haji sebelum ini? Takkan duit tu turun dari langit!!!

Bahkan, Si Rafizi tu sendiri pun turut menikmati faedah hasil dari pemberian Bonus Tahunan tersebut yang dikatakan telah hampir mencecah sebanyak RM 25 ribu bagi tahun 2015.

Maka persoalannya, kenapa Si Rafizi tu tak kosongkan duit simpanan dia didalam Tabung Haji yang berjumlah hampir sebanyak RM 500 ribu tu jika benar dia hilang kepercayaan terhadap institusi kewangan Islam tersebut? Atau, adakah Si Rafizi tu setakat pandai bercakap je!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.