Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEPAS NI FOZIAH KENA NYANYI LAGU "AIR PASANG MERAH"!!!

SEMUT HITAM
LEPAS NI FOZIAH KENA NYANYI LAGU "AIR PASANG MERAH"!!!
Hehehe!!! Nampak gayanya makin hari makin meroyan la puak - puak Pakatan Haprak tu dengan isu Bauksit di Kuantan. Semakin banyak pendedahan yang dibuat memalukan diri mereka sendiri.

Jika semalam kita dah buat mendedahkan pengakuan penduduk disekitar kawasan Felda Bukit Goh yang ternyata tidak merasa rugi memajak tanah mereka kepada pengusaha Bauksit tu.

Kata mereka, buat bauksit lebih mendatangkan keuntungan yang lumayan jika hendak dibandingkan dengan penanaman pokok kelapa sawit seperti yang biasa mereka lakukan sebelum ini.


Namun, dari kenyataan - kenyataan yang disebarkan oleh Pakatan Haprak tu sebelum ini memberikan gambaran seolah - olah seluruh penduduk di Felda Bukit Goh tu membantah isu bauksit ni.

Tapi, tak cukup setakat itu sahaja. Puak - puak Pakatan Haprak tu juga turut mendakwa kononnya kejadian 'Laut Merah' itu berpunca dari hasil perlombongan bauksit yang berlaku di Kuantan.

Kata mereka, air laut disekitar kawasan Balok bertukar menjadi merah adalah akibat dari sisa pemindahan bahan bauksit tu ke atas kapal yang tumpah berlaku di Perlabuhan Kuantan.

Walaubagaimana pun, dakwaan yang dibuat itu tidak ditampilkan dengan sebarang bukti apabila puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri pun tak pergi turun ke kawasan Perlabuhan berkenaan.

Malah, dalam tinjauan yang dibuat sebelum ini membuktika bahawa air laut disekitar kawasan Perlabuhan itu tidak berwarna merah seperti yang didakwa oleh puak - puak Pakatan Haprak tu.

Nah! Sekarang, pihak Kerajaan sendiri telah membuat kenyataan dengan memberi jaminan bahawa sekiranya insiden itu benar - benar berlaku, ianya akan dipastikan agar tidak berulang lagi. Harap - harap, jangan la Si Foziah tu meroyan sampai berguling - guling pulak!!!
KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang berazam memastikan fenomena laut merah akibat pencemaran perlombongan bauksit yang berlaku penghujung tahun lalu tidak berulang bagi meningkatkan pelancongan pantai sekitar Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Samsudin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan perlombongan bauksit yang terperinci, berdasarkan kejadian dahulu. - seterusnya...

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.