Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI: Senarai Penuh Exco Kedah bawah Ahmad Bashah, Tiada Idea Tiada Pembaharuan

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
TERKINI: Senarai Penuh Exco Kedah bawah Ahmad Bashah, Tiada Idea Tiada Pembaharuan


Sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dilantik semula di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan mengangkat sumpah sebentar tadi.

Exco yang dilantik berkenaan terdiri daripada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mereka ialah, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Tajul Urus Mat Zain, Datuk Badrul Hisham Hashim, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid dan Datuk Mohd. Tajudin Abdullah.

Turut dilantik Datuk Aminuddin Omar Datuk Noor Sabrina Mohd. Noor dan Datuk Dr. Leong Yong Kong.

Majlis angkat sumpah dan pengurniaan tauliah pelantikan diadakan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini pada pukul 10 pagi.

Senarai Exco Baharu Kedah:

– Ahli Dewan Undangan Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail

– Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob

– Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain

– Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Datuk Badrul Hisham Hashim

– Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid

– Ahli Dewan Undangan Negeri Belantik, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah

– Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra, Datuk Aminuddin Omar

-Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Datuk Noor Sabrina Mohd. Noor

-Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun, Datuk Dr. Leong Yong Kong

Senarai rasmi dan portfolio Exco Kerajaan negeri Kedah yang baru dilantik. Tapi dimana pembaharuannya? Tak nampak baru pun?

Masih mengekalkan barisan Exco yang lama. Malah perubahan Portfolio juga tidak berlaku. Hanya kembalikan portfolio perumahan dari YB Dato Tajol kepada YB Dato Badrol.

Apakah Dato Bashah tidak mempunyai sendiri dalam pentadbiran beliau?


- mukhrizmahathirfc.com

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.