Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MACAI MEROYAN DIBODOHKAN MB PKR CAP AYAM!!!

SEMUT HITAM
MACAI MEROYAN DIBODOHKAN MB PKR CAP AYAM!!!
Haduyai!!! Berapa banyak kali kita nak ulang benda yang sama. Kenapa diorang ni masih lagi nak mem-BODOH-kan diri dengan memberi sokongan kepada Si Menteri Besar Cap Ayam tu?

Apa yang nak dipelik sangat kalau Si MB Cap Ayam tu mengambil tindakan dengan melantik kroni - kroni dia untuk menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tu.

Benda tu memang dah jadi satu kebiasaan dikalangan puak - puak Parti Keluarga Rosak tu selama hari ini. Jadi, kenapa baru hari ini ada pulak dikalangan mereka sendiri yang nak meroyan?

Hakikatnya, perkara itu bukan satu perkara yang baru. Malah benda yang sama jugak turut dibuat oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Bukan ke kroni dia jugak yang jadi calon PRK Permatang Pauh?

Semua tu dibuat sebab apa jika bukan untuk memastikan sokongan dikalangan ahli - ahli kekal kepada keluarga Si Ketua Penipu tu. Itu pasal la Si Ketua Penipu tu pilih bini dia jadi calon.

Maka perkara yang sama juga dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu. Mesti la dia pilih kroni dia sendiri untuk memastikan dia kekal menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor tu.

Kalau dia lantik dikalangan puak - puak yang selama ini lantang membantah corak pentadbiran dia, dah tentu - tentu hayat Politik dia sebagai Menteri Besar tidak akan berkekal lama.

Apa yang pasti, orang yang dilantik menjadi Ahli Majlis PBT tu mesti dari kalangan penyokong - penyokong dia. Bukannya dia peduli sangat dengan peruntukan parti atau sebagainya.

Jadi yang BODOH-nya, ahli - ahli serta pengikut - pengikut PKR yang hanya sekadar jadi 'Pak Turut' kepada segala bentuk kemahuan yang telah dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu. 

Sampai tahap, sanggup diorang berikan jawatan tu kepada puak - puak DAPigs hanya semata - mata Si Menteri Besar Cap Ayam tu nak kekalkan kedudukan dia sebagai Menteri Besar. Jadi, yang BODOH-nya Macai di peringkat bawahan. Si MB Cap Ayam tu sengeh je!!!
KUALA LUMPUR : Sekumpulan pimpinan cabang PKR Selangor mendakwa Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengamalkan sikap pilih kasih dan utamakan kroni dalam pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).Bergabung dengan ahli PKR yang lantang, Badrul Hisham Shaharin, kumpulan itu mendakwa Azmin membelakangkan cadangan ahli majlis daripada cabang tertentu di Selangor dan garis panduan oleh Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 2013.Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam menyatakan, Fasal 4 Pekeliling tersebut menyatakan bahawa ahli majlis mestilah bermastautin di kawasan mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.