Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAHFUZ BEAN "MALU' NAK CERITA PASAL SRP!!!

SEMUT HITAM
MAHFUZ BEAN "MALU' NAK CERITA PASAL SRP!!!
Hahaha!!! Ini bukan kali pertama Si Mahfuz Bean tu dilihat cuba nak mengelakkan diri dari mempertikaikan mengenai taraf pendidikan seseorang. Tapi dah banyak kali dah sebenarnya.

Cuma kali ini, tindakan Si Mahfuz Bean tu nampak sangat melucukan. Sehabis boleh Si Mahfuz Bean tu cuba 'Spin' untuk mengelakkan diri dari menyentuh soal taraf pendidikan tu.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu, dia mendakwa bukan soal pendidikan yang menjadi persoalan utama dikalangan rakyat Negeri Kedah selepas mereka dapat MB baru.

Sebaliknya, kata Si Mahfuz Bean, soal yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat ialah mengenai Integiriti dan Amanah yang perlu dilaksanakan oleh Menteri Besar Kedah yang baru tu.

Malah Si Mahfuz Bean tu juga turut tampil mempertikaikan sama ada perlantikan Menteri Besar Kedah yang baru tu boleh diterima rakyat Kedah secara keseluruhan atau pun sebaliknya.
“Persoalannya, apakah rakyat Kedah gembira dengan mereka mendapat MB baru? Selalunya rakyat pelbagai peringkat rata-rata akan melahirkan rasa gembira dengan memperolehi MB baru. 
“Zaman ini mudah untuk menilai perasaan rakyat kerana semuanya diluahkan di media sosial. Inilah juga yang diluahkan perasaan mereka di kala MB baru mengangkat sumpah sebagai MB, rakyat Kedah mengangkat sumpah seranah dan menyampah mereka terhadap Kerajaan baru Kedah,” tulisnya lagi. - UtaraNews
Heh! Nampak sangat la yang Si Mahfuz Bean sendiri tak pernah cermi diri dia sendiri. Kot dia jadi Ahli Parlimen di Pokok Sena selama hari ni pun, adakah semua rakyat dikawasan tu terima dia?

Adakah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas Si Mahfuz Bean tu dapat sokongan 100 peratus dari kalangan rakyat dikawasan Parlimen Pokok Sena tu tanpa ada seorang pun yang tak mengundi dia?

Kalau sekadar nak kutip sentimen mereka yang ada didalam laman media sosial, belum tentu lagi ada dikalangan mereka yang setuju dengan Si Mahfuz Bean ni. Malah yang tak suka pada dia pun ramai.

Nak bercakap soal Integriti dan Amanah pun Si Mahfuz Bean tu tak layak. Tengok la bagaimana dia mempamerkan sifat MUNAFIK dia dengan memberi sokongan Palsu kepada bekas MB Kedah sebelum ini.

Malah Si Mahfuz Bean tu sendiri pun dah berapa banyak kali Tak Amanah apabila kerap membelakangi arahan pucuk pimpinan parti supaya tidak terlibat dengan puak - puak parti "Periuk" tu.

Jadi kesimpulannya, tak perlu la Si Mahfuz Bean ni nak tunjuk yang diri dia 'Suci' sangat jika nak dibandingkan dengan orang lain. Baik dia jaga orang dikawasan dia sendiri dulu la. Jangan dok sibuk nak meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.