Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAHFUZ BEAN MEROYAN, BOIKOT MAJLIS ISTANA!!!

SEMUT HITAM
MAHFUZ BEAN MEROYAN, BOIKOT MAJLIS ISTANA!!!
Hahaha!!! Aduhai. Sakit betul hulu ginjal bila baca cerita Si Mahfuz Bean ni. Terasa macam nak berguling - guling pulak atas jalan raya melihat akan ke-BODOH-an Si Mahfuz Bean ni.

Hari tu, dia jugak yang beria - ia mendesak agar semua pihak menghormati institusi Raja - Raja Melayu dan tidak membabitkan pihak istana dalam isu kemelut kepimmpinan di Kedah.

Tapi hari ni, ternyata tindakan yang ditonjolkan oleh Si Mahfuz Bean tu sendiri tidak mencerminkan apa yang dia perkatakan sebelum ini. Kiranya, dia ni cakap tak serupa bikin jugak la.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Mahfuz Bean tu dilaporkan memboikot upacara Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang baru yang berlansung sebelah pagi tadi.

Diantara alasan yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean tu ialah kerana dia sendiri tidak dapat menerima komplot penggulingan dan penyingkiran yang berlaku di Negeri Kedah sebelum ini.
"Apalah nasib rakyat Kedah dengan MB baru dan barisan exco yang tiada moral dan integriti politik yang hanya menjadi pak turut membabi buta. Saya cukup sedih dan kecewa dengan pemimpin politik seperti ini," dakwanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Heh! Kan nampak sangat yang Si Mahfuz bean tu bukan sahaja 'Cakap Tak Serupa Bikin'. Sebaliknya dia sendiri pun tak dapat nak membezakan diantara kemelut Politik dan Majlis Istana.

Upacara Majlis Angkat Sumpah tu majlis pihak Istana. Perlantikan yang dibuat pun dengan perkenan pihak Istana. Jadi, kenapa Si Mahfuz bean tu tidak boleh menghormati keputusan pihak Istana?

Kot selama hari ni pun, pernah ke Si Mahfuz Bean tu sokong mana - mana Menteri Besar dari kalangan orang UMNO sedangkan Menteri Besar dikalangan pemimpin PAS sendiri pun dia buat tak tau.

Kalau sebelum ini pun, berbakul - bakul sumpah seranah dan fitnah dilemparkan terhadap Menteri Besar Kedah dari kalangan orang UMNO tu. Jadi, tak payah la Si Mahfuz Bean tu sibuk tunjuk 'Hero' kalau dia setakat nak jadi 'Batu Api' dan mengangguk diair yang keruh!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.