Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BAZIR 30 JUTA LEBIH, KERJA MB DULU JUGAK!!!

SEMUT HITAM
BAZIR 30 JUTA LEBIH, KERJA MB DULU JUGAK!!!
Huh!!! Memang ketandusan idea sungguh puak - puak Pakatan Haprak ni nak bagi alasan. Balik - balik itu jugak la alasan yang digunakan bagi membazir duit Dana Rakyat di Selangor.

Asyik - asyik Menteri Besar lama jugak yang dijadikan 'Kambing Hitam' untuk melepaskan diri mereka dari membaziran duit Dana Rakyat tu. Macam dah takde alasan lain yang boleh digunakan.

Dalam kenyataan yang disiarkan semalam, wakil dari pihak Rejim Pakatan Selangor tu kata diantara sebab kos untuk membaik pulih kubah Masjid Ikonik di Selangor tu disebabkan beberapa faktor.

Diantara alasan yang diberikan ialah kerana bahan binaan untuk kubah tersebut TERPAKSA diimport dari Negara Luar. Maka sebab itu harganya lebih mahal daripada biasa.
“Jika anda tengok keadaan kubah sekarang, memang sudah terkopek teruk. Jadi nak tak nak, memang perlu tanggung (kos sebanyak itu),” katanya.
Selain itu, wakil dari pihak Rejim Pakatan Selangor tu juga turut menegaskan bahawa kos untuk membaiki kubah tersebut adalah yang terendah kerana tendernya dibuat secara terbuka.

Tapi, dalam dok asyik dia bagi alasan sedemikian, diakhir perenggan dalam kenyataan yang dikeluarkan, wakil Rejim Pakatan Selangor tu kata, kelulusan sudah dibuat sewaktu MB yang terdahulu.
“Lagipun ia diluluskan ketika pentadbiran Menteri Besar dahulu. Jika dibatalkan, kerajaan perlu membayar pampasan. Kebetulan ia diteruskan ketika keadaan ekonomi teruk,” katanya lagi.
Heh! Kesian Khalid Ibrahim. Dah kena tendang dari jawatan MB dan dibuang dari menjadi ahli parti pun, dia masih lagi dijadikan sebagai bahan Politik Longkang oleh puak - puak PKR ni.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat itu membuktikan bahawa kepimpinan Rejim Pakatan yang baru pada ketika ini lansung takde kuasa hingga terpaksa bergantung kepada orang terdahulu.

Pemimpin sekarang ni yang rembat duit Dana Rakyat, dia jugak yang dijadikan mangsa. Apa boleh buat Khalid oi!!! Nasib la. Orang dah pesan jangan berkawan dengan geng - geng Peliwat ni, dia degil. Tak nak dengar cakap orang. Sekarang, tanggung la sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.