CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Mantan Menteri, Hasan Malek MOHON MAAF salah ejaan Tahun Baru Cina
Beliau berkata, kesilapan itu tidak disengajakan berikutan tidak arif dengan tulisan dalam bahasa Cina.
"Sebenarnya, ini silap pihak pengiklan yang buat kerja tidak teliti. Sepatutnya mereka kena semak betul-betul. Penyudahnya sekarang, saya yang jadi mangsa.
" Walau bagaimanapun, saya tetap ingin minta maaf pada semua. Kali pertama berlaku macam ini," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurut Hasan, beliau mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh dua rakan lama dari MCA pada hari pertama kain rentang dipasang.
"Lepas dapat tahu, pembetulan segera dibuat pada keesokannya. Segala yang berlaku memang amat dikesali.
"Sekurang-kurangnya, ini menjadi pengajaran kepada pengiklan agar lebih berhati-hati dalam tugasan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, kain rentang beliau menjadi perhatian kerana ucapan dalam bahasa Cina ditulis terbalik lantas berbunyi 'Cai Fa Xi Gong'.
Kesilapan turut berlaku pada ejaan rumi perkataan 'Cai' yang membawa maksud nasib.
Akibatnya, difahamkan kain rentang terbabit menjadi viral di Facebook 'We Fully Support Pakatan Harapan' dan telah dikongsi lebih 630 kali.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.