CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Selepas Kedah, Bendera BN TERBALIK Merebak ke Johor pula
Sebelum ini fenomena bendera BN digantung terbalik telah berlaku di seluruh negeri Kedah setelah Mukhriz disabotaj sehingga digugurkan daripada jawatan MB Kedah.
Tindakan tersebut dipercayai dilakukan oleh penyokong UMNO akar umbi akibat kecewa dan tidak puas hati dengan rancangan jahat pemimpin umno di peringkat pusat yang dipimpin Najib.
Hari ini, situasi tersebut telah merebak pula ke negeri Johor.
Tindakan menggantung bendera BN terbalik di Johor dipercayai susulan penggantungan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam Mesyuarat MT yang dipengerusikan Hishamuddin semalam.
Tan Sri Muhyiddin disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, Julai tahun lalu dan semalam pula digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO – parti terbesar bangsa Melayu yang kini semakin hilang sokongan rakyat akibat daripada skandal Najib.
Tan Sri Muhyiddin sebelum ini menyatakan "Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah!"
“Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib.”
Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.