Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shahbudin Husin: Najib MESTI Berani SAMAN BERGANDA WSJ

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Shahbudin Husin: Najib MESTI Berani SAMAN BERGANDA WSJ

Shahbudin Husin menyatakan Najib sudah tiada pilihan melainkan menyaman The Wall Street Journal bagi membuktikan kebenaran yang wang RM1.6 bilion benar-benar wang derma dan bukannya dari 1MDB.

"Sempena 40 tahun penceburannya dalam politik yang bakal diraikan Sabtu ini, Najib hakikatnya tiada pilihan lain selain melakukan saman berganda terhadap WSJ bagi mempertahankan dirinya." tulis beliau di blog shahbudindotcom.blogsot.com.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Najib dan Apandi mampu menepis dakwaan WSJ yang menegaskan mereka mempunyai banyak bukti sokongan.

"Apa agaknya yang sedang berputar ligat dalam kotak fikiran Najib Razak sekarang bila membaca kenyataan terbaru pengarang The Wall Street Journal ini?"

"Tidur lenakah Apandi Ali malam tadi?"

"Apa lagi yang mahu mereka lontarkan apabila pengarang kewangan WSJ, Ken Brown secara terbuka memberitahu dunia bahawa pihaknya menolak andaian wang  RM2,600 juta yang diterima Najib merupakan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya dengan yakin menyatakan ia datangnya daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB." tulis beliau.

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan datang daripada keluarga Arab Saudi, tetapi daripada syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami tidak pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," tegas Ken dalam wawancara dengan ABC News Australia.

Shahbudin turut sangsi dengan pendirian Najib dan Apandi dalam mempertahankan wang RM2.6 bilion itu derma Pak Arab.

"Beranikah mereka terus mempertahankan wang itu tetap derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi?"

"Bersediakah Najib dan Apandi menghadapinya jika WSJ dalam laporannya selepas ini mendedah satu demi satu bukti-bukti sokongan yang mereka miliki?"

"Pilihan kini di tangan Najib. Berterus terang dan berlaku jujur dengan mengiyakan wang itu memang daripada 1MDB barangkali bukanlah pilihan yang kita harapkan akan dilakukan oleh Najib." ujar beliau.

Najib sepatutnya berani mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ. Tambahan pula dakwaan terbaru WSJ bahawa wang itu bukan derma tetapi datang dari 1MDB amat serius dan bercanggah dengan penjelasan Apandi sebelum ini.

"Hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ  berkaitan pendedahan wang RM2,600 juta yang dulunya diheboh-heboh tapi sehingga ini masih belum menjadi kenyataan mesti disekalikan dengan saman terhadap dakwaan terbarunya yang mengatakan wang itu datangnya daripada 1MDB."

"Jika tidak berani mengambil tindakan saman terhadap WSJ,  adalah memalukan bagi 30 juta rakyat Malaysia, lebih 5 juta pendatang asing sedia ada dan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang bakal tiba, untuk terus mempunyai Perdana Menteri yang mempunyai gelaran paling panjang dalam dunia sebagaimana yang selalu disebut oleh Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin iaitu "Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib bin Abdul Razak". kata Shahbudin.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.