.
Tiada rasuah dalam tander balak di Selangor
KENYATAAN
Penjelasan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) berhubung projek jajaran talian penghantaran eletrik 275/132 dari PMU Mahkota Cheres dan PMU Mahkota Cheras Hartamas dan projek talian penghantaran eletrik 275KV (1,000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (Ubah talian), menamatkan tohmahan kononnya kelulusan projek itu tidak telus dan berbau rasuah.
Penjelasan JPNS menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Selangor Dr Mohd Puat Dahlan hari ini memberi gambaran tohmahan berlaku rasuah ke atas kelulusan projek berkenaan oleh pentadbir Selangor khasnya Menteri Besar dan Exconya adalah tidak benar sama sekali dan sengaja diputarbelitkan untuk tujuan tertentu.
Penjelasan oleh JPNS itu seharusnya dijadikan penamat kepada tanggapan negatif kepada pentadbiran Selangor khasnya kepada Mohamed Azmin Ali.
Kenyataan JPNS sebanyak 12 perenggan itu, terutamanya pada perenggan akhirnya mengesahkan bahawa tohaman jahat yang disebar tidak benar dan ia perlu ditamatkan tanpa beralasan.
Tidak ada pihak lain yang lebih boleh diyakini untuk menjelaskan tanggapan buruk terhadap projek berkenaan yang disebar sebelum ini melainkan JPNS.
"Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menegaskan bahawa Dato’ Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat dalam proses membuat penilaian ke atas mana mana permohonan yang diterima oleh JPNS untuk tujuan ini.
"JPNS juga ingin mengulangi komitmen Jabatan untuk menjamin proses yang terbuka dan telus dalam mengamalkan sistem pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang berteraskan kebertanggungjawaban, ketelusan dan keterbukaan." demikian tegas demikian tegas Pengarah Perhutan Selangor Dr Mohd Puat Dahlan.
Penegasan itu menolak persepsi buruk terhadap Azmin dan Exconya berhubungan kelulusan projek berkenaan kononnya dibuat secara tidak telus.
Berikut adalah kenyataan penuh akhbar JPNS.
PROJEK JAJARAN TALIAN PENGHANTARAN ELEKTRIK 275/132 DARI PMU MAHKOTA CHERAS KE PMU MAHKOTA CHERAS HARTAMAS DAN PROJEK TALIAN PENGHANTARAN ELEKTRIK 275KV (1,000 MVA) PMU BUKIT TAREK KE PMU CHUBADAK (UBAHAN TALIAN)
Negeri Selangor sedang mengamalkan dasar moratorium ke atas aktiviti pembalakan sejak tahun 2010 lagi. Ini bermaksud segala aktiviti pembalakan tidak dibenarkan sama sekali kecuali penebangan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi maksud projek-projek yang mempunyai kepentingan umum/nasional yang tidak dapat dielakkan seperti projek jajaran talian TNB, lebuhraya/jalanraya, laluan paip air/gas, kolam takungan dan lain-lain.
Namun demikian, bagi setiap pelaksanaan projek-projek yang melibatkan HSK akan dikenakan syarat-syarat yang ketat serta penetapan nilai pampasan yang sangat tinggi. Ini adalah bertujuan supaya pemilihan kawasan HSK untuk sebarang projek berkepentingan umum adalah merupakan langkah terakhir. Sebagai contoh, penetapan laluan bagi jajaran TNB Tapah – Bentong yang melibatkan kawasan daerah Hulu Selangor turut dipinda beberapa kali untuk mengelakan penggunaan kawasan HSK yang berlebihan.
Projek Talian Penghantaran Elektrik 275kV (1,000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak terletak di Daerah Hulu Selangor sepatutnya dilaksanakan sejak tahun 2003 lagi. Laluan jajaran asal talian TNB ini sepatutnya melalui Kampung Sg. Terentang, Rawang sejauh lebih kurang 1.0 km namun, jajaran ini terpaksa dipindahkan ke jajaran baru yang melibatkan HSK sejauh lebih kurang 6.0 km dan tanah milik lebih kurang 5.0 km kerana desakan penduduk kampung tersebut yang tidak menyokong talian penghantaran elektrik ini melalui kampung mereka. Ini dengan jelas menunjukan komitmen serta keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap tuntutan serta aduan para penduduk.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah meneliti kesemua permohonan yang diterima untuk mengeluarkan hasil hutan dengan membuat beberapa pengesyoran berdasarkan kepada peruntukan peruntukan yang terkandung di bawah Enakmen (Pemakaian) APN 1985 serta peraturan peraturan sedia ada yang menjamin proses penilaian yang telus dan terbuka untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.
Penilaian ke atas permohonan juga turut mengambilkira kriteria-kriteria yang diamalkan oleh Jabatan Perhutanan seperti perakuan pendaftaran syarikat yang masih sah, berdaftar dengan Jabatan Perhutanan sebagai Kontraktor Pembalakan dan tempohnya masih sah, serta sebagai kriteria tambahan iaitu jika mempunyai rekod pengalaman dalam kerja-kerja pembalakan atau pembersihan kawasan. Di samping itu, syarat syarat tambahan seperti semua pokok yang bersaiz komersil perlu dibuat “timber tagging” dan “harvesting plan” bagi kawasan yang terlibat juga perlu disediakan sebelum pengeluaran hasil hutan dapat dilakukan.
Sebagai langkah penambahbaikan, Pihak Berkuasa Negeri Selangor juga telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor (JKPPNS) bagi membuat penilaian secara telus ke atas sebarang permohonan lesen/permit ataupun melaksanakan saringan serta penelitian bagi apa apa jua projek berkaitan perhutanan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor sekarang.
Keahlian Jawatankuasa ini juga turut melibatkan pelbagai agensi teknikal yang lain bagi tujuan mendapatkan input secara profesional serta berintegriti dalam urusan membantu Pihak Berkuasa Negeri Selangor supaya dapat merumuskan keputusan keputusan yang diambil secara adil, saksama serta tepat lagi telus.
Setelah memperolehi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri melalui MMKN, satu lesen Mengusahasil (Borang 1) telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada 23 Jun 2015 kepada kedua-dua pelesen di kawasan permohonan yang berkuatkuasa selama tempoh (6) enam bulan bagi mengeluarkan sebarang hasil hutan sebelum pihak TNB dapat melaksanakan projek jajaran talian TNB seperti yang dirancangkan.
Sehingga kini, status kemajuan kerja Pengeluaran Kayu Balak dan Jaras Di Dalam Hutan Simpanan Kekal Yang Melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275/132kv Dari Mahkota Cheras Hartamas Ke PMU Mahkota Cheras Seluas ±45.0 hektar ini adalah mencapai 100% kemajuan. Keadaan mutu kerja juga sangat memuaskan serta mematuhi segala syarat yang ditetapkan tanpa sebarang pelanggaran terhadap mana mana syarat lesen yang dikeluarkan.
Manakala, status kemajuan kerja pengeluaran kayu balak dan jaras di dalam HSK yang melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275kv (1000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (Ubahan Talian) Seluas ±34.0 hektar sehingga November 2015 adalah mencapai hampir 100% kemajuan. Keadaan mutu kerja di sini juga sangat memuaskan serta mematuhi segala syarat yang ditetapkan tanpa sebarang pelanggaran terhadap mana mana syarat lesen yang dikeluarkan.
Dalam hal ini, syarikat syarikat yang dilantik telah berjaya membuktikan kesungguhan serta keupayaan masing masing dalam melaksanakan kerja kerja pembersihan kawasan serta mengeluarkan hasil hutan dalam tempoh yang ditetapkan.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menegaskan bahawa Dato’ Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat dalam proses membuat penilaian ke atas mana mana permohonan yang diterima oleh JPNS untuk tujuan ini. JPNS juga ingin mengulangi komitmen Jabatan untuk menjamin proses yang terbuka dan telus dalam mengamalkan sistem pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang berteraskan kebertanggungjawaban, ketelusan dan keterbukaan.
DR. MOHD PUAT BIN DAHALAN
Pengarah Perhutanan
Negeri Selangor.
Penjelasan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) berhubung projek jajaran talian penghantaran eletrik 275/132 dari PMU Mahkota Cheres dan PMU Mahkota Cheras Hartamas dan projek talian penghantaran eletrik 275KV (1,000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (Ubah talian), menamatkan tohmahan kononnya kelulusan projek itu tidak telus dan berbau rasuah.
Mohamed Azmin Ali |

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.