Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TIMBALAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL BERSUARA : Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa'

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
TIMBALAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL BERSUARA : Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa'

AKHIRNYA Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas melalui badai politik hampir dua minggu yang lalu. Saya amat dukacita dengan peristiwa ini.

Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli.

Sebagaimana dijangka, Mukhriz telah menerima tekanan yang berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan supaya beliau berundur walaupun beliau menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah.

Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka hari ini beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar. Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa.

Telah berakhir hari-hari di mana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.
Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat.

Mereka mungkin lupa bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan.

Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambilkira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan Umno akan terjejas.

Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati. Sesungguhnya, dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno.

Saya yakin Mukhriz tabah menghadapi dugaan ini. Beliau seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai karisma.
Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.