Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TV3 DAH KENA KENCING???

SEMUT HITAM
TV3 DAH KENA KENCING???
Alahai!!! Kalau betul la pendedahan yang dibuat dibawah ni, bermakna sebelum ini wartawan TV3 tu dah kena kencing oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Aktivis Alam Sekitar'.

Mungkin tak serik lagi gamaknya sesetengah pihak yang berselindung disebalik gelaran tu sedangkan diorang pun takde memberi sumbangan kepada pemuliharaan Alam Sekitar tu sendiri.

Kalau nak didedahkan satu persatu, banyak yang boleh dibongkar mengenai mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Aktivis Alam Sekitar' ni. Tapi, banyak lagi kerja lain yang kita boleh buat.

Pokok pangkalnya, jangan la teruja sangat dengan gelaran yang diorang beri kepada diri diorang sendiri tu. Cukup - cukup la kena kencing dengan 'Aktivis' yang hanya sekadar nak mencari keuntungan untuk diri sendiri ni!!!
Penduduk Kg Baharu Jerantut dilaporkan membantah pembalakan di kawasan yang didakwa 'Kawasan Tadahan Air' Lata Besen sejak beberapa minggu lalu. Hakikatnya Lata Besen tidak pernah diwartakan sebagai kawasan tadahan air masyarakat dan tidak juga sebagai hutan simpan.(Kalau dikatakan sebagai Kawasan Tadahan Air, untuk kegunaan siapa? Untuk pengusaha kolam ternakan ikan persendirian tu ke atau untuk kegunaan harian penduduk setempat?)
Dikawasan dimana didakwa sumber air diambil bagi kolam-kolam ikan sedangkan hanya terdapat 3 batang 'poli paip', bagaimana ada pihak mendakwa air berkenaan jadi sumber bagi kolam ternakan ikan sebanyak 30 buah kolam? Benarkan ada 30 buah kolam yang beroperasi di Kg. Baharu?(Soalnya, kalau betul ada 30 kolam ikan ternakan persendirian, kenapa media yang berkaitan tak pergi ambik gambar, temubual dan buat pendedahan mengenainya?) Selain itu, gambar dan video yang diambil bagi menunjukkan bahawa sebuah jalan balak dibina terlalu hampir dengan sungai adalah tidak benar sama sekali. 
Laluan ke ladang sawit yang didakwa kononnya sebahagian dari aktiviti pembalakan
Sebenarnya itu adalah jalan yang dibina bagi menyeberangi sebuah anak sungai untuk menghubungi laluan utama ke kawasan kebun sawit tanah milik atas permintaan pemilik tanah tersebut.

Kita menyanjung tinggi usaha murni Ketua Belia Kg Baharu yang menjadi orang penting dalam isu menentang pembalakan dikawasan berkenaan atas usaha beliau menempah 'banner' dan sepanduk-sepanduk dengan pembiayaannya sendiri hasil dari menabung sejak kecil lagi.

Sudah pasti tidak mungkin seseorang yang sedang merayu dan mengumpul dana untuk membayar kos guamanannya kerana kes yang sedang dibicarakan dimahkamah masih ada duit untuk 'sponsor' banner dan sepanduk-sepanduk tersebut. - seterusnya...

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.