Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Zahid Perlu Pilih 1.5 juta Belia Bangla atau 9.1 juta Belia Malaysia yang akan mengundi

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Zahid Perlu Pilih 1.5 juta Belia Bangla atau 9.1 juta Belia Malaysia yang akan mengundi

PETALING JAYA: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh untuk bekerja di Malaysia terus dikritik hebat oleh pengguna alam maya.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Jufazli Shi Ahmad berkata, kenyataan Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu telah menimbulkan persoalan sama ada beliau mementingkan pemilihan belia Malaysia atau belia Bangladesh yang akan memberikan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

“9.1 juta belia Malaysia akan turun mengundi pada PRU ke-14. Datuk Seri (Zahid Hamidi) mahu undi daripada kami atau mahu undi daripada 1.5 juta belia negara Bangladesh?,” tulisnya.

Pada masa sama, Jufazli yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej swasta mengingatkan semua pemimpin negara supaya sentiasa bermuhasabah diri.

Katanya, belia pada masa ini sudah bijak untuk memilih semasa PRU nanti dan akan ingat setiap penghinaan yang dilakukan oleh setiap pemimpin.

“We all here tidak akan lupa penghinaan sesiapa kepada belia. Kami bukan belia yang tiada maruah dan harga diri di muka bumi ini.

“Kami belia yang pemalas dan tidak mahu kerja kotor dan tidak mahu kerja berat ini akan turun mengundi menentukan nasib anda semua (pemimpin) dengan izin Allah SWT.

“Maka, kepada semua belia Malaysia yang menjadi penentu masa depan negara, jangan lupa daftar mengundi ya. Sama-sama kita mengundi nanti. Ingatlah, jadilah pengundi yang bijak,” tulisnya di ruangan status.

Sebelum ini , Zahid mencabar belia supaya menggantikan pekerjaan yang dilakukan oleh warga asing di negara ini jika mereka dihantar pulang ke negara asal.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, tidak ramai anak muda mahupun belia yang sanggup bekerja dalam sektor 3D, iaitu ‘dangerous’, ‘demeaning’ dan ‘dirty’

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.