Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

USAHA HUSAM CARI 'SYAHID' BAKAL BERHASIL!!!

SEMUT HITAM
USAHA HUSAM CARI 'SYAHID' BAKAL BERHASIL!!!
Hakikatnya, hasrat dia nak menjadi pejuang yang 'Syahid' atau boleh juga dikenali sebagai 'Matyr' dikalangan pemimpin - pemimpin PAS yang membelakangi parti tersebut secara terbuka.

Akalnya, Si Husam ni tak mahu menjadi pemimpin PAS yang dilabelkan sebagai 'Pengkhianat' seperti mana yang telah dilakukan oleh sahabat - sahabat dia yang lain sebelum ini.

Maka sebab itulah Si Husam tu berani mencabar sistem perlembagaan parti secara terbuka dengan cara mengkritik parti itu diatas pentas ceramah anjuran parti 'Kuali' pimpinan Mat Sabu.

Kalau diikutkan, taktik Si Husam ni memang cukup licik. Dia akan membuatkan parti itu teragak - agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap apa yang telah dilakukan.

Sekiranya PAS mengambil keputusan untuk memecat keahlian dari parti, Si Husam ni akan kata dia gugur sebagai 'Syahid' dan boleh dia mendabik dada dengan mendakwa dia bukan 'Pengkhianat'

Lepas ni, boleh Si Husam tu berkokok dan kata, "Bukan aku yang keluar parti. Tapi sebaliknya diorang yang buang sebab diorang enggan terima kritikan secara terbuka".

Sudah pasti, itu diantara skrip yang akan diulang - ulang oleh Si Husam tu yang kemudiannya akan menjadi sebahagian dari modal Politik Murahan puak - puak parti 'Kuali' tu.

Jika itu keputusan yang dibuat oleh PAS, maka ianya sudah pasti akan menjerat parti itu sendiri. Dan sekiranya PAS tidak mengambil tindakan, lebih parah Si Husam tu akan tikam dari belakang.

Seandainya Si Husam tu terus dibiarkan didalam parti, maka lebih banyak lagi isu yang akan dibangkitkan dan kutukannya secara terbuka terhadap kepimpinan parti itu akan berterusan.

Jadi, PAS sekarang ni dalam keadaan 'dilema' walaupun parti itu membuat keputusan untuk merujuk Si Husam tu kepada Jawatankuasa Tatatertib parti berkaitan isu yang dibangkitkan.

Pokok pangkalnya, apa yang dilakukan oleh Si Husam tu membuktikan bahawa dia bukan sahaja bijak mengambil kesempatan tapi menonjolkan sikap sebenar dia. Hakikatnya Si Husam tu juga boleh juga dianggap sebagai seorang pemimpin MUNAFIK yang tiada pendirian!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.