Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

54 RIBU LEPASKAN KERAKYATAN MALAYSIA!!!

SEMUT HITAM
54 RIBU LEPASKAN KERAKYATAN MALAYSIA!!!
Fuh!!! Punya ramai yang bertindak tak nak jadi rakyat Malaysia ni rupanya. Ingatkan setakat sorang dua je. Tapi hakikatnya, seramai 54,406 orang yang dah lepaskan hak kerakyatan diorang.

Itu baru dalam tempoh 6 tahun sejak 2010. Yang sebelum - sebelum ni, tak tau la berapa ramai pulak yang dah ambik tindakan yang sama. Yang pastinya, dah tentu lebih ramai dari tahun 2010.
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan seramai 54,406 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan sebagai warganegara sejak 2010 sehingga sekarang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, alasan yang diberi rakyat Malaysia yang berbuat demikian adalah  kerana telah memperoleh  kewarganegaraan negara lain.

‎"Berdasarkan bahagian tiga Perlembagaan Persekutuan, terdapat dua cara penamatan kewarganegaraan Malaysia, sama ada melalui tindakan pelucutan ataupun melalui pelepasan.

"Untuk rekod rekod Jabatan Pendaftaran  Negara (JPN), semenjak tahun 2010 hingga 31 Januari 2016 menunjukkan seramai 54,406 orang warganegara Malaysia telah membuat pelepasan kewarganegaraan mereka.


"Mereka juga memberi alasan pelepasan adalah kerana mereka telah memilh untuk tidak meneruskan menjadi warganegara Malaysia dan telah memperolehi kewarganegaraan negara lain," katanya menerusi jawapan bertulis  di Parlimen di sini, hari ini.
Bila ditanya antara punca sebab mereka melepaskan kerakyatan tersebut, diorang akan bagi alasan kononnya di Malaysia ni banyak sangat isu remeh temeh yang dibangkitkan. Kos sara hidup tinggi.

Kot diorang lepak kat Negara orang tu pun, bukannya diorang kerja jadi Eksekutif atau jadi Bos. Pusing - pusing, jadi kuli jugak. Mungkin ada yang jadi bos, tapi tetap kerja untuk orang.

Dan bila dengar alasan kata di Malaysia ni banyak sangat isu remeh temeh, itu bukan salah Kerajaan. Sebaliknya puak - puak Pakatan Haprak tu jugak yang sering memainkan sentimen sedemikian.

Punya la takde modal sangat diorang nak berpolitik, sampai isu Kangkung pun diorang nak besar - besarkan. Kalau kita besar - besarkan isu diorang, tau pulak diorang meroyan tak tentu arah.

Pokok pangkalnya, bagus juga diorang ni melepaskan hak kerakyatan diorang tu secara sukarela. Setidak - tidaknya, diorang ada jugak pendirian diorang sendiri dan berani nak ambik tindakan tersebut. Bukannya macam puak - puak Pakatan Haprak tu yang setakat tau 'Menyalak Bukit'!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.