Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belasungkawa untuk Malaysian Insider

.
Belasungkawa untuk Malaysian Insider
BATIN SENJA

Dalam masa kita kehausan dan memerlukan industeri media yang telus, bebas berani dan bertanggungjawab untuk membina bangsa dan negara, hari ini kita dikejutkan dengan penamatan portal berita Malaysian Insider. Portal itu akan berakhir menjelang tengah malam ini.

Menurut kenyataan daripada Pengurus merangkap Ediornya, Jahabar Saddiq penamatan itu disebabkan pihak pengurus portal berkenaan mengalami kerugian. Dari sumber lain menyebut sejak The Edge Media Group mengambil alih portal berkenaan ia mengalami kerugian sebanyak RM10 juta.

Penutupan portal berkenaan sesuatu yang mendukacita, ia memberi gambaran bahawa kebebasan media massa yang diharapkan di negara ini tidak wujud di alam nyata tetapi indah di atas kertas. Dipercayai penutupan itu bukan sangat kerana portol itu tidak mendapat sokongan komersial, tetapi adalah dipercayai kerana gangguan pihak berkuasa khasnya Suruhanjaya Komuniskasi Multi Media Malaysia (SKMM).

Kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan di negara ini masih lagi belum sampai ke tahap boleh dibanggakan. Cakap-cakap penguasa termasuk menteri dan PM tidak ubah sebuah seloka di hujung malam sahaja.

Portal berkenaan yang bersaing rapat dengan sebuah lagi portal berita, dilihat memberi cabaran dan gangguan kepada pihak pemerintah dengan pendedahan dan pembongkaran pelbagai skandal membabitkan pemimpin negara. Inilah masalahnya.

Baru-baru ini portal berkenaan teah diambil tindakan, digantung penerbitannya atasan ianya menyiarkan berita dari sumber yang tidak sah membabitkan Perdana Menteri, walhal berita berkenaan diakui benar dan tidak berjaya ditangkis para pendolor dan pengampu Najib sendiri.

Penutupan MI itu juga adalah kejayaan besar menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Salleh Said Kruak yang dilihat menjadi "peguam negara" nombor dua kepada Najib. Kejayaan dan tindakan ke atas MI ini berbolai dan tidak sia-sia Najib mengheretnya dari selut politik di Sabah kemudian melantiknya menjadi menteri. Najib merlukan lebih ramai lagi orang seperti Salleh untuk memastikan dia tidak tergugat dan kebusukkan dikosmetikkan dengan perfume walaupun cap ayam.

Keputusan menutup MI itu sangat terkesan. Pengamal media dan juga mereka yang inginkan sebuah media bebas, telus dan berani akan "menangis" dengan kehilangan Malaysian Insider. Adalah diharap semoga pemergian MI akan diganti dengan media lain yang juga sama berani dalam masa terdekat.

Pihak kerajaan sendiri khasnya SKMM tidak seharusnya mengambil sikap mengawal sehingga membenamkan portal berkenaan sampai ke lahad. Percayalah sekiranya penguasa tidak korup, dan pemimpin benar dan tidak melakukan skandal, media massa tidak melamporkannya. Wartawan dan media beretika tidak akan merekayasa cerita dan menulis dengan khayal.

Mungkin ada laporan yang berat sebelah atau bersifat provokatif yang dimainkan portal berkenaan, tetapi ia boleh diatasi sekiranya kerajaan sendiri bersikap lebih bertanggungjawab. Menerima sesuatu kebenaran yang didedahkan dan sedia bersemuka dengan berani adalah tindakan terhormat pemerintah dan menggembirakan rakyat.

Sepanjang perhatian saya, walaupun MI ada kalanya bias, dan mempunyai agenda sendiri, melaga-lagakan orang Melayu dan mencalarkan Islam, tetapi portal berkenaan masih lagi dibawah tanggungjawab. Hanya kerana hubungan yang tengang antara media itu dengan SKMM memperlihatkan MI sebagai sebuah akhbar rasis, anti kerajaan dan tidak bertanggungjawab. Itu yang digambarkan, tetapi bukan hakikat.

Percaya dan yakinlah, kehilangan MI atau media sepertinya selama ini, baik cetak dan sebagainya ia merugikan kepada proses pengemgangan dan pembagunan bangsa dan negara. Kehilangan itu dengan mengenakan berbagai syarat sehingga akhirnya ia hilang, juga tindakan yang tidak bertamadun dan seolah-olah pihak berkuasa ingin merajai keseluruh sistem dalam negara ini termasuk terhadap media massa.

Sebagai salah seorang penjengok MI, saya merakam terima kasih dan syabas kepada kakitangan yang menggerak portal itu selama ini. Yakinlah jasa dan tugas anda huduh di mata penguasa yang pengecut dan zalim tetapi dihormati oleh pembaca yang budiman. [wm.kl.4:20 pm 14/03/16] 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.