Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Islam TAK LARANG umat TUKAR PEMIMPIN ikut saluran: Timbalan Mufti Perak

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Islam TAK LARANG umat TUKAR PEMIMPIN ikut saluran: Timbalan Mufti Perak

BANGI, Isnin – Islam tidak melarang umatnya menggantikan mana-mana pemimpin yang melakukan kesilapan tetapi hendaklah mengikut jalur undang-undang dan tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada Islam, kata Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim.
Sebaliknya, rakyat berhak berhak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin jika dilihat ada kesilapan yang dilakukan namun hendaklah menggunakan saluran yang betul untuk menjatuhkannya.
“Rakyat berhak untuk tidak puas hati dan zahirkan tidak puas hati itu dengan nasihat dan gunakan semua agensi yang berkaitan seperti SPRM, Peguam Negara untuk ambil tindakan ikut saluran undang-undang.
“Dalam situasi Malaysia, saluran pilihan raya boleh digunakan untuk menurunkan dan menaikkan pemimpin. Juga undi tidak percaya di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri,” katanya kepada Ismaweb hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu lepas di Parlimen yang mengatakan bahawa budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam.
Abdul Hadi juga berkata, sebaliknya jika tidak bersetuju dengan kepimpinan, langkah memperbetulkannya perlu dibuat.
Ustaz Zamri berkata, kenyataan itu adalah satu pendirian yang dibuat secara berhati-hati.
“Haji Hadi melakukan satu tindakan yang hati-hati kerana pertimbangan yang silap, tergesa-gesa dan berdasar sentimen emosi akan membawa keburukan yang besar. Sebagai parti Islam sudah tentu pertimbangan untung rugi kepada Islam diletakkan dalam neraca pertimbangannya,” katanya.
Ustaz Zamri yang juga Yang Dipertua Isma cawangan Ipoh berkata, ulama menggariskan beberapa asas penting dalam isu kepemimpinan.
“Jangan ada satu masa negara langsung tak ada pemimpin, ia akan bawa mudarat yang besar kepada umat.
“Menurunkan pemimpin secara kekerasan ataupun membuka pintu kepada anasir luar negara adalah mengundang bahaya yang lebih besar dan tidak dibenarkan oleh syarak,” katanya.
Bercakap mengenai keluar daripada mentaati pemimpin, Ustaz Zamri berkata, perkara itu boleh berlaku apabila pemimpin melakukan kekafiran yang nyata.
“Pemimpin yang mengganti pula tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar daripada yang sedia ada. Pemimpin juga tidak diganti oleh orang yang sepertinya juga atau yang lebih zalim daripada itu,” katanya lagi. - ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.