Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADA YANG "GILA" NAK JADI "KETUA POLIS" PULAK!!!

SEMUT HITAM
ADA YANG "GILA" NAK JADI "KETUA POLIS" PULAK!!!
Haduh!!! Sejak nak akhir zaman ni, macam - macam GILA manusia yang ada di Malaysia ni ye. Kalau sebelum ni, ramai yang GILA nak jadi Perdana Menteri. Sampai Peliwat pun berangan nak jadi PM.

Kali ni, ada pulak cerita orang GILA nak jadi Ketua Polis Negeri semata - mata nak buat kerja jenayah. Pelikkan? Orang macam tu pun ada jugak kat Malaysia ni ye? Ingatkan kat China je yang bersepah.

Polis berjaya menahan dua lelaki, seorang daripadanya menyamar sebagai Ketua Polis Perak ketika melakukan jenayah dua tahun lalu, kata Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berumur 45 tahun itu ditahan di sini pada 17 Mac lalu kerana menipu dengan kononnya menawarkan pelbagai projek polis.
“Projek yang ditawarkan termasuk membekalkan makanan untuk tahanan di Lokap Juru serta mengecat Balai Polis Tapah. Semua projek itu tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Katanya, seorang jurujual air minuman yang terpedaya dengan tawaran projek itu telah memasukkan bayaran wang tunai RM17,080 dalam akaun Maybank atas nama suspek kedua mulai 30 Nov 2014 sehingga 28 Feb 2015.
“Bagaimanapun, mangsa mengesyaki dia telah ditipu setelah tidak memperoleh sebarang projek sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Harrith Kam berkata, suspek pertama yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000, manakala suspek kedua masih disoal siasat polis.

Heh! Hebat betul orang Malaysia ni. Tapi heran jugak. Kenapa la takde yang GILA nak mengaku dia Ketua Menteri Pulau Pinang tu ek? Kalau tidak, boleh jugak dia beli rumah mewah dengan harga dibawah harga pasaran. Bukan semua orang boleh buat tu!!! Hehehe...

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.