Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"TERLAJAK BISU" RAFIZI BUKTI HIPOKRASI PAKATAN!!!

SEMUT HITAM
"TERLAJAK BISU" RAFIZI BUKTI HIPOKRASI PAKATAN!!!
Heh! Nampak gayanya, semakin ramai orang mula mempertikaikan tindakan 'Mendiamkan Diri' yang dilakukan oleh Si Rafizi tu. Kenapa Si Rafizi tu hanya membisu bila isu Guan Eng didedahkan?

Biasanya, antara modus operandi puak Pakatan Haprak yang ada dalam negara ini ialah ‘Menyalak’ apabila usaha baik untuk manfaat rakyat diumumkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.

Tidak perlu kita nak tunggu lama untuk mendengar segala kritikan, fitnah dan nista dari kalangan puak Pakatan Haprak ni kerana mereka terbukti cukup efisyen dalam bab MENIPU dan MENABUR FITNAH.

Adalah lebih teruk lagi sekiranya ada dari kalangan pemimpin BN tiba-tiba melakukan sedikit kesilapan dalam ucapan misalnya, dah tentu ada dikalangan mereka yang akan memperbesarkan perkara tersebut.

Tetapi semenjak beberapa minggu ini, suasana di luar Dewan Rakyat, senarionya tidak begitu. Walhal dunia sekarang ni disajikan dengan pelbagai isu yang amat besar melibatkan rakyat.

Bahkan apabila skandal pembelian banglo mewah milik Si Lim Guan Eng tu didedahkan, ada juga diantara mereka yang `takut-takut’, sehingga terpaksa ambil pintu belakang untuk masuk terus ke kabin Ahli Parlimen yang menyediakan juadah harian.

Ini yang dilaporkan sedang berlaku sekarang ini di Bangunan Parlimen yang mana para pemimpin pembangkang dilihat sudah seperti ‘Tikus Mondok’ yang sentiasa berada dalam keadaan cemas dan ketakutan.

Ada wakil pembangkang yang `berpura-pura dungu’ tidak tahu kedudukan isu banglo Guan Eng meskipun dalam isu-isu sebelumnya berkaitan 1MDB, pantang sedikit dicuit, habis satu `kertas kajang’ dikomennya.

Jika ada isu yang melibatkan BN contohnya, tidak sempat siang mereka inilah yang terkejar-kejar mencari wartawan, berebut - rebut nak buat kenyataan media dengan tujuan untuk membunuh pemimpin BN yang terlibat.

Malah sehingga sampai ke tahap yang AUTA menjadi fakta, yang BOHONG menjadi `dokumen laporan rasmi’ mereka dan yang TIPU tu jadi bahan santapan serta jajaan harian mereka.

Tetapi keadaan itu cukup berbeza kali ini apabila isu yang membabitkan Si Guan Eng tu membolehkan menjadi Bisu tanpa ada sepatah ungkapan pun yang mampu untuk diucapkan.

Kebiasaannya, yang paling kerap ‘melalak’ mencari salah kerajaan sudah tentunya Rafizi Ramli yang dikini dinobatkan sebagai RAJA FITNAH Malaysia. Tapi kali ini, dia sendiri pun terkucil nak menjawab isu berkaitan dengan banglow mewah milik Si Guan Eng tu.

Bagi sesetengah pihak, kenyataan dari Si Rafizi tu memang amat dinanti-nantikan kerana sebelum ini dia cukup terkenal dengan kelantangan membongkar serta mengkritik 1MDB, dana RM2.6 bilion, isu Cincin, Tabung Haji dan sebagainya.

Tapi MALANGnya, sehingga ke saat artikel ini ditulis, masih tidak ada sebarang kenyataan yang jelas dibuat oleh Si Rafizi Ramli tu berkaitan dengan isu skandal banglo mewah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Itu membuktikan betapa HIPOKRITnya amalan POLITIK RETORIK puak - puak Pakatan Haprak ni. Bila diorang buatt tuduhan terhadap orang lain, sampai nak runtuh pentas ceramah dibuatnya. Tapi bila kena ke batang hidung sendiri, senyap sunyi belaka!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.