Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AMALAN POLITIK "LONGKANGESE" ALA AZMIN!!!

SEMUT HITAM
AMALAN POLITIK "LONGKANGESE" ALA AZMIN!!!
Memang satu hakikat yang tidak dinafikan bahawa amalan Politik yang digunakan oleh Si Azmin tu pada ketika ini hanya boleh diibaratkan sebagai "Politik Longkang" semata - mata.

Realitinya, amalan Politik Longkang Si Azmin ni bukannya mengenal apa ertinya 'Maruah' dan 'Setiakawan'. Asal boleh beri keuntungan kepada dia, sudah pasti itu yang akan dia lakukan.

Bukan baru hari ini Si Azmin tu memaparkan sifat bermuka - muka dia terhadap parti dia sendiri. Tapi sejak dari habis Pilihan Raya Umum yang lalu lagi, Si Azmin tu dah menunjuk belang dia.

Elok je habis Pilihan Raya Umum hari tu, Si Azmin tu tampil dalam satu kenyataan media mengecam amalan 'Kronisme' dan 'Nepotisme' yang dikatakan cukup sebati dengan Politik PKR.

Setahun selepas itu, Si Azmin tu sekali telah membelakangi parti yang mana dia menjadi Timbalan Presiden apabila dia melobi secara senyap jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara itu cukup nyata apabila Si Azmin tu dianggap BERJAYA mengenepikan Wan Azizah selaku Presiden parti sebagai Wakil Tunggal Pakatan bagi menggantikan kedudukan Khalid Ibrahim.

Sekarang, Si Azmin tu berterusan mengenepikan pendirian parti yang enggan menganggap Tun Mahathir sebagai 'The Sole Saviour' kepada kedudukan Politik di Malaysia pada ketika ini.

Realitinya, pemimpin - pemimpin PKR masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai penyebab dan kunci utama kepada berlakunya kepincangan Politik yang berlaku pada ketika ini.

Bahkan mereka masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai Musuh Nombor Satu Pakatan kerana dia merupakan individu yang terlah melucutkan jawatan Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Mereka anggap Tun Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab menggugurkan Si Ketua Penipu tu sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya kerana setakat mendengar 'Khabar Angin'.

Mereka kata, alasan Tun Mahathir memecat Si Ketua Penipu tu sebelum ini adalah kerana terlibat dengan gejala 'Seks Luar Tabiie' hanya sekadar merupakan satu bentuk Fitnah Jahat.

Jadi, kenapa pulak Si Azmin tu tiba - tiba je boleh men-"DEWA"-kan Tun Mahathir sedangkan dia sendiri sedar bahawa Tun Mahathir merupakan penyebab utama Si Ketua Penipu tu dilabelkan sebagai Peliwat? Kan nampak sangat Politik Munafik Si Azmin tu!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.