Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS SIFATKAN PERJUANGAN TUN "PERIBADI"!!!

SEMUT HITAM
PAS SIFATKAN PERJUANGAN TUN "PERIBADI"!!!
PAS menegaskan parti itu tidak berminat menyertai perjuangan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, Mahathir marahkan Najib kerana didakwa sedang mengukuhkan kepentingan peribadinya dalam UMNO walhal Mahathir sendiri berjuang menentang Najib demi kepentingan peribadinya.
“Dia (Mahathir) sendiri jelas kelihatan berjuang untuk peribadi. Persoalannya ialah, jika ini asas tindakan Mahathir maka apakah gerakannya wajar disokong?“Suka saya sarankan kepada semua pihak agar tidak menjadikan agenda peribadi sebagai propaganda perjuangan dan mengorbankan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan media yang ditujukan kepada ahli dan penyokong PAS hari ini.
Nasrudin dalam pada itu mengingatkan ahli dan para penyokong PAS bahawa Mahathir mahu menjatuhkan Najib bagi menaikkan orang pilihannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Namun, katanya, beliau tidak tidak yakin Mahahtir akan bertahan lama menyokong Muhyidin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebab Mahathir mempunyai rekod menentang orang pilihannya sendiri.

Katanya, Mahathir pada tahun 1969 pernah dipecat dari UMNO kerana menentang bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan kembali kepada UMNO apabila era Tunku Abdul Rahman berakhir.

Tambahnya, pada tahun 2008 Mahathir umum keluar UMNO kerana tidak berpuas hati dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan kembali semula kepada UMNO selepas berjaya menjatuhkan Abdullah.
“Pada tahun 2016 beliau keluar lagi UMNO dan kali ini kerana tidak berpuas hati dengan Najib orang pilihannya sendiri sewaktu menggantikan Abdullah.“Perjuangan kita bukan hanya untuk dunia kita bahkan kita perlu merancang untuk akhirat kita yang selamat dan bebas dari murka Allah S.W.T,” jelas Nasrudin.
Mahathir kelmarin mengumumkan keluar UMNO iaitu strategi yang sering digunakan beliau untuk menjatuhkan mana-mana Presiden UMNO yang enggan patuh pada kehendak dan permintaannya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.