Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BANGLOW "TERLAJAK MURAH" GUAN ENG JADI BAHAN LAWAK!!!

SEMUT HITAM
BANGLOW "TERLAJAK MURAH" GUAN ENG JADI BAHAN LAWAK!!!
Hehehe!!! Memang jadi Udang Kering la Si Guan Eng tu sekarang ni dibuatnya. Isu berkaitan dengan pembelian rumah mewah dibawah harga pasaran tu semakin menjadi hangat.

Seronok juga melihat Si Ketua Menteri Pulau Pinang menggelupor tak tentu arah. Skandal banglo mewah yang dibeli Guan Eng ini dapat disaksikan seperti sebuah drama sinetron atau drama slot akasia.

Terlalu banyak sangat drama dan wayang Cina yang ditampilkan oleh Guan Eng sehingga boleh dirakamkan menjadi sebuah drama. Sesuai sangat ditayangkan di TV3 untuk tontonan umum.

Mana tidaknya, bila skandal ini mula didedahkan, Si Guan Eng tu mula 'Menggelabah Biawak Bertaichi' mempertahankan diri dengan mengatakan pembelian rumah itu diluar harga pasaran kerana rumahnya tidak mempunyai kolam renang.

Selepas itu, drama Guan Eng semakin menjadi apabila ajak Ahli Parlimen Tasek Gelugur, Datuk Shabudin Yahaya untuk ke Komtar, minum kopi sambil menjelaskan isu tu 'Satu dengan Satu'.

'Part' paling klimaks pula, ialah apabila Si Guan Eng ajak wartawan ke rumahnya untuk mengadakan lawatan sambil belajar untuk meninjau - ninjau kawasan persekitaran rumahnya.

Bila ditanya kenapa diadakan lawatan khusus untuk wartawan, Si Guan Eng tu kata, perkara itu bagi mendedahkan situasi sebenar kepada para wartawan yang menjadi telinga dan mata rakyat.

Hahaha!!! Memang lawak betul membaca alasan yang diberikan Si Guan Eng ni. Rasanya Si Guan Eng lebih layak untuk menjadi pelakon atau pelawak dari jadi seorang Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Bahkan Si Guan ENg tu sekarang ni layak untuk menggantikan kedudukan Si Mahfuz Bean sebagai seorang Pelawak dalam Politik tempatan. Si Mahfuz Bean tu pun tak boleh buat lawak macam dia.

Sepatutnya Si Guan Eng ni tampil ke Dewan Rakyat untuk menjelaskan skandal ini macam yang oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum ini. Bukannya buat rumah terbuka.
"Isu yang dibangkitkan itu sama seperti yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo sebelum ini dan Guan Eng sebagai pemimpin kerajaan harus bijak membersihkan namanya jika mendakwa apa yang dibangkitkan itu tidak benar," kata Reezal Merican.
Pokok pangkalnya, Si Guan Eng tu sekarang ni memang berada dalam keadaan TERDESAK untuk menjawab isu berkaitan dengan kes pembelian rumah mewah miliknaya. 

Mungkin lepas ni Si Guan Eng tu boleh buat kelas tambahan untuk rakyat, ajar macam mana nak beli rumah mewah pada harga lebih murah. Baru la orang di Pulau Pinang boleh beli rumah mampu milik yang dijual di bawah Rejim DAPigs tu!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.