Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHAGUBARD DAKWA PAKATAN "GELOJOH"!!!

SEMUT HITAM
CHAGUBARD DAKWA PAKATAN "GELOJOH"!!!
Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan cara pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang menerima bulat-bulat Deklarasi Rakyat yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Meluahkan rasa kesalnya, beliau yang dikenali dengan gelaran Ghegubard berkata, sifat gopoh pimpinan pembangkang yang terus menjalinkan kerjasama dengan bekas pemimpin Umno itu menunjukkan mereka terlalu obses untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita tidak boleh menyorok rasa kesal kita kerana bila pemimpin menggunakan nama rakyat tetapi tidak merujuk kembali kepada rakyat sebelum buat keputusan dengam berbincang, kamu sudah putuskan."Mana mungkin, kamu dah putuskan lepas itu baru nak bagi penjelasan kepada rakyat tidak mungkin begitu," katanya dalam majlis Gerakan Rakyat Tolak Reformasi di ibu negara malam tadi.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Akin bahawa PH akan membuat sesi Jelajah Deklarasi Rakyat bagi mempromosikan deklarasi berkenaan.

Rancangan untuk mengadakan siri jelajah itu diputuskan ketika mesyuarat tertutup PH pada Rabu lalu.

Chegubard sebelum ini lantang menyatakan pembabitan PH dalam Deklarasi Rakyat dibawa Mahathir jelas menunjukkan gabungan pembangkang berjaya diperkuda oleh bekas perdana menteri itu.

Mengulas lanjut, Chegubard menyifatkan deklarasi yang ditandatangani beberapa pemimpin PH itu adalah untuk merealisasikan matlamat Mahathir dalam menyingkirkan Najib.
"Ini jalan mati ke arah satu jalan yang akhirnya memenangkan kelompok (pimpinan Mahathir).Ini cuma pertembungan Mahathir dengan Najib yang kita lawan dah lama, kenapa sekarang kita kena pilih salah satu, kamu tidak percaya degan kekuatan rakyat?," soal Chegubard kepada kepimpinan PH.
Semalam, Chegubard antara aktivis pembangkang yang menyuarakan kekecewaan secara terbuka terhadap kerjasama pemimpin mereka bersama Mahathir dalam Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.