Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS TERUS DIHINA DAPigs KESAYANGAN!!!

SEMUT HITAM
PAS TERUS DIHINA DAPigs KESAYANGAN!!!
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa PAS akan menubuhkan satu lagi pakatan baharu. PAS akan bekerjasama dengan sebuah 'parti pelbagai bangsa' sebagai persediaan menghadapi PRU14 akan datang.

Ironinya, Lim Guan Eng DAP begitu cepat menjawab usaha PAS ini! Dan seperti dijangka, kroni tegar Lim Kit Siang ini memperli dan menghina PAS. 
"Ia tidak akan menjadi bermakna jika mereka gagal untuk membawa perubahan kepada rakyat memandangkan apa yang mereka lakukan di Kelantan di mana mereka tidak dapat menyediakan tadbir urus yang baik, " katanya. (Klik Seterusnya...)
Kenapa Guan Eng DAP begitu berminat dengan pelan PAS ini sedangkan banyak lagi ketidakefesienan, skandal dan kezaliman kerajaan DAP negeri yang masih belum dijawab? 

MiM menjangka tindakan Lim Guan Eng yang mengutuk kerajaan PAS negeri ialah agar kepimpinan PAS melenting dan mendedahkan nama 'parti pelbagai bangsa' itu tanpa perlu menunggu kenyataan rasmi kepimpinan PAS. 

Apakah Guan Eng DAP risau kerana sebelum ini beliau telah memecat 2 ADUN PKR daripada jawatan GLC kerajaan DAP negeri?

ADUN Chin Wen PKR dipecat jawatan pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd. ADUN Kah Peng PKR pula ditamatkan jawatan pengarah Perbadanan Bukit Bendera.

Sebelum ini juga, MiM telah menerangkan bahawa realitinya, dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan:
Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik, danPenggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'
Bukankah terdapat beberapa Perkara termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikai oleh dasar parti DAP? Dan bagaimana pula dengan dasar parti DAP mengenai Pilihan Raya Kerajaan tempatan? 

Untuk rekod, pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan DUN Pulau Pinang pada 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen. - seterusnya...

1 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.