Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DAP Perak buat LAPORAN POLIS terhadap TS Muhyiddin, gesa siasat ‘bukti’ Najib

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
DAP Perak buat LAPORAN POLIS terhadap TS Muhyiddin, gesa siasat ‘bukti’ Najib
DAP Perak membuat laporan polis menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat kerana dakwaan mempunyai bukti salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB dan SRC International Sdn Bhd. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2016.

DAP Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaksa siasatan dilakukan terhadap dakwaan "bukti" dimiliki bekas timbalan perdana menteri itu yang boleh menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah dalam skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Ketua Biro Publisiti DAP Perak Chong Zhemin berkata, polis perlu menyiasat sama ada Muhyiddin benar-benar memiliki sebarang "bukti" bagi menyokong dakwaannya.

"Kami juga mahu polis menentukan sama ada Muhyiddin mungkin melakukan jenayah di bawah Seksyen 13 Kanun Prosedur Jenayah dengan tidak tampil ke depan dengan 'bukti' beliau," katanya di Balai Polis Daerah Ipoh hari ini.

Chong berkata laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan Muhyiddin dalam akhbar baru-baru ini, menyatakan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai bukti yang cukup untuk melakukan pendakwaan terhadap Najib.

Timbalan presiden Umno yang kini digantung itu bagaimanapun, enggan mendedahkan "bukti" itu kerana perkara itu belum dibentangkan di mahkamah.

"Memandangkan beliau (Muhyiddin) menandatangani Deklarasi Rakyat semalam, yang menyeru ke arah penyingkiran Najib, beliau lebih-lebih lagi bertanggungjawab tampil ke depan dengan 'bukti' yang dikatakannya itu," kata Chong.

Mengulas perkara itu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, sebagai seorang pemimpin veteran, Muhyiddin sepatutnya mendedahkan bukti itu atau membuat laporan polis mengenainya lebih awal.

"Oleh kerana ini melibatkan perdana menteri dan skandal yang telah memberi kesan kepada imej dan ekonomi negara, beliau sepatutnya bertindak lebih awal bagi menyegerakan Najib meletakkan jawatan," kata Nga.

Muhyiddin sebelum ini dirakam dalam video menyatakan, beliau diberi taklimat oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gani. – 5 Mac, 2016. TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.