Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HADI AWANG BIKIN "ANAK RAJA" MENANGES!!!

SEMUT HITAM
HADI AWANG BIKIN "ANAK RAJA" MENANGES!!!
Huh! Memang terbaik la jawapan yang diberikan oleh Hadi Awang ni. Kalau dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat boleh dianggap sebagai satu tamparan kepada Raja Kamarul Bahrin.

Jika sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Terengganu tu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pimpinan PAS Terengganu mengambil kesempatan diatas krisis Politik di Negeri tersebut.

Dalam kenyataan yang dibuat, Raja Kamarul Bahrin tampil membuat desakan agar pimpinan PAS Terengganu mengambil kesempatan 'MERAMPAS' Kerajaan Barisan Nasional sedia ada.

Malah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi PAN Terengganu itu juga turut dianggap senada dengan desakan yang telah dibuat oleh Khalid Samad dalam satu kenyataan sebelum ini.

MUNGKIN, jika mereka masih lagi menjadi ahli serta dianggap sebagai pemimpin PAS, perkara Tidak Bermaruah seperti merampas kuasa ikut pintu belakang seperti itu akan dilakukan oleh PAS.

Tapi malangnya, kedua - dua pemimpin itu terlebih dahulu memilih untuk menjadi Pengkhianat kepada PAS. Maka atas sebab apa PAS perlu ikut saranan atau desakan yang telah dibuat?

Dalam kenyataan balas yang dibuat oleh Presiden PAS semalam, ternyata PAS hari ini bukan seperti parti lain dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu. PAS bukan sebuah parti yang suka ikut pintu belakang.

Perkara itu sepatutnya sudah menjadi maklum kepada semua pihak. Bukan kali pertama PAS mengambil pendirian sedemikian dan menolak 'Rampasan Kuasa' seperti yang disarankan.

Sebelum ini, PAS juga pernah didakwa menolak usaha untuk merampas kuasa melalui gerakan 16 September. Bahkan PAS juga menolak sekeras - kerasnya agenda Langkah Kajang dilaksanakan.

Dan pendirian PAS itu dilihat terus konsisten berhubung isu yang sedang berlaku di Terengganu pada ketika ini. PAS tetap menolak Politik Pintu Belakang yang disarankan oleh PAN.
“Kepada ahli dan penyokong setia PAS, saya tegaskan bahawa politik yang berlandaskan Islam wajib berakhlak bagi mencapai kemenangan, bersama hikmah yang berhidayah kerana politik kita ada perhitungan dosa dan pahala.“Matlamatnya pula tidak menghalalkan cara dan bukan untuk berlumba menjadi pemimpin semata-mata atau memikul amanah menjadi peluang untuk mengambil kesempatan bagi diri dan kroni tetapi amanah menyelamatkan ummah dunia dan akhirat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam erti kata lainnya, Politik PAS jauh lebih bermaruah dari amalan Politik Retorik yang kini sudah menyerap ke dalam parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu sedangkan selama hari ini kita menyangka Politik Pintu Belakang ni puak - puak PKR tu je yang suka guna!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.