Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HADI AWANG UNGKIT SEMULA PEMBELOTAN PKR DAN DAPigs!!!

SEMUT HITAM
HADI AWANG UNGKIT SEMULA PEMBELOTAN PKR DAN DAPigs!!!
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, sebaliknya ia disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa blok ketiga pembangkang seolah-olah 'kosong tambah kosong sama dengan kosong'.
“PAS tidak kosong kerana melalui persefahaman kita berjaya merampas Kelantan, Kedah dan Perak. Jatuhnya Perak bukan kerana PAS tapi sebab DAP dan PKR. Kena ingat itu, bukan sebab PAS lompat. Tapi orang DAP yang lompat,” katanya.
Mengulas mengenai penubuhan blok ketiga PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang didakwa memberi kemudahan mudah untuk BN pada PRU14, beliau menafikannya.
“Kalah menang belum tahu lagi, bagi pilihan raya dulu. Mungkin puak ini (Pas) menang, kita tidak tahu. BN kalah atau Pakatan Harapan hilang begitu saja, kita tak tahu,” katanya kepada media selepas merasmikan Ijtimak Dewan Muslimat Pas Kedah sempena Karnival Jom Bersama Pas di Kompleks Pas Kedah.
Hadi berkata Umno dan DAP menggunakan isu hukum hudud sebagai ‘senjata’ untuk menyerangnya sejak sekian lama, namun serangan itu berjaya ditepis melalui penggubalan Undang-undang Kesalahan Syariah di Kelantan.
“Kita masih mengadakan perbincangan awal dalam soal hudud sebab ia adalah isu undang-undang dan memerlukan isu kehakiman. Mesti dibetulkan konsep kehakiman terlebih dahulu.“Sebab itu Pas mengalu-alukan titah ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong di Parlimen untuk menaiktaraf mahkamah syariah. Pas sudah beri penerangan sejak 1977, sudah lama,” katanya, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, penerangan itu dibuat melalui seminar dengan penglibatan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dikemukakan kepada undang-undang Negeri.

Itu satu contoh kesetiaan PAS yang telah dianggap sebagai 'Pengkhianat' kepada Pakatan oleh puak - puak DAPigs tu selama hari ini. Apa yang jelas, PAS sering kali menjadi 'Kambing Hitam'.

Dan itu bukan kali pertama PAS dituduh dan dihina sedemikian rupa. Sebaliknya, PAS jugak dituduh sebagai punca ke-GAGAL-an gerakan agenda 16 September dan perlaksanaan Langkah Kajang. Pendek kata, PAS selama hari ini hanya sekadar menjadi 'Pelacur' kepada Pakatan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.