Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ISU RASUAH LIM GUAN ENG] 'Feng Shui Tak Baik' Punca Banglo Dijual Rendah

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[ISU RASUAH LIM GUAN ENG] 'Feng Shui Tak Baik' Punca Banglo Dijual Rendah


SHAH ALAM: Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok berkata dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.

Dalam ucapannya pada kongres tersebut di sini Ahad, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata Lim memperoleh hartanah di Jalan Pinhorn pada harga lebih rendah daripada harga pasaran kerana ‘feng shui tidak baik'.

Beliau berkata ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon menjual tanah dan bagno tersebut kepada Lim pada harga RM2.8 juta berbanding pasaran semasa RM6.5 juta kerana mereka adalah rakan.

“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.

“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah,” katanya.

Kok berkata beliau juga akan melakukan perkara yang sama untuk seseorang yang dianggap sebagai rakan.

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” katanya.

Penjualan hartanah itu mencetuskan kontroversi selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya memberitahu Parlimen pada minggu lalu bahawa harga tersebut dijual lebih rendah.

Lim menafikan beliau melakukan salah laku dalam urusan jual beli hartanah itu
 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.