Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JANGAN LA KHALID SAMAD JADI ORANG TAK SEDAR DIRI!!!

SEMUT HITAM
JANGAN LA KHALID SAMAD JADI ORANG TAK SEDAR DIRI!!!
Aduhai!!! Sejak Si Khalid Samad ni membuat keputusan mengkhianati PAS dan melompat menyertai parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu, jarang jugak kita bercerita pasal dia dalam blog ni.

Sebab bagi kita, tindakan yang dipamerkan oleh Si Khalid Samad tu bukan saja tidak beretika. Bahkan apa saja kenyataan yang dia buat berkaitan dengan Politik semakin menjadi tak relevan.

Mana tidaknya. Macam mana kita boleh terima seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian serta sanggup membelakangkan perjuangan parti demi menjaga kepentingan Politik Peribadi semata - mata?

Dan yang lebih memalukan ialah apabila Si Khalid Samad tu dilihat masih lagi cuba nak masuk campur dalam urusan parti yang telah dia khianati sebelum ini. Layak ke orang seperti itu kita berikan perhatian?

Cuma kali ini, apa yang kita nak bangkitkan ialah mengenai sifat tak sedar diri Si Khalid Samad tu yang memang semakin terserlah sejak dia menyertai parti Kuali pimpinan Mat Sabu tu.

Kenyataan Si Khalid Samad yang mendesak agar PAS mengambil kesempatan terhadap keadaan Politik di Terengganu pada ketika ini membuktikan bahawa dia seorang yang HIPOKRIT.

Kata Khalid, Presiden PAS perlu mengambil kesempatan diatas kemelut yang sedang melanda Politik Negeri Terengganu pada ketika ini dan menubuhkan sebuah Kerajaan yang baru.
"PAS Terengganu perlu bersama seorang Adun PKR dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bertindak sama ada buat keputusan (bentuk kerajaan) atau bubarkan Dun Terengganu," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini ini.
Apa layaknya Si Khalid Samad tu nak buat desakan sedemikian sedangkan dia sendiri dah Ludah PAS tu secara terbuka? Apa hak dia nak suruh PAS buat itu ini sedangkan dia dah jadi Pengkhianat?

MUNGKIN, kalau Si Khalid Samad tu masih lagi berada dalam saf kepimpinan PAS pada ketika ini, maka tak mustahil jika parti itu akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Kalau pada zaman Si Khalid Samad tu menjadi pemimpin PAS, kemungkinan besar parti itu akan mengambil tindakan yang jelas Tidak Matang dan Budiman seperti yang telah disarankan.

TAPI realitinya, PAS yang ada pada hari ini tidak sama seperti PAS yang pernah disertai oleh Si Khalid Samad tu sebelum ini. PAS sekarang tidak sekotor pemikiran Si Khalid Samad tu sendiri.

Dan PAS hari ini tak perlukan sebarang desakan orang luar untuk memikirkan apa yang patut dan tak patut diorang buat. PAS juga tak perlukan seorang Pengkhianat macam Si Khalid Samad tu untuk diorang bertindak.

Jadi, tak payah la Si Khalid Samad tu nak menyusahkan diri untuk menjaga kepentingan parti yang telah dikhianatinya sebelum ini. Adalah lebih baik Si Khalid Samad tu jaga tepi kain parti dia sendiri. Dah sampai tahap koyak rabak pun dia masih tak sedar diri lagi!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.