Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jurulatih maut, kereta perisai Kemalangan di Pekan, Pahang

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Jurulatih maut, kereta perisai Kemalangan di Pekan, Pahang
 
PEKAN - Seorang jurulatih memandu kereta perisai maut selepas dihempap sebuah kereta perisai dalam kejadian kemalangan di trek pandu uji kilang syarikat berkenaan di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Mangsa, Abdul Razak Abdul Jabbar, 46 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Kluang, Johor merupakan seorang pesara tentera yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan kenderaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, ketika kejadian mangsa sedang mengajar seorang juruteknik, Mohd Amirnuddin Osman, 23, memandu kenderaan tempur berkenaan di litar pandu uji kilang itu.

"Ketika kejadian kereta perisai yang dipandu Amirnuddin sedang menuruni laluan bukit di litar berkenaan bagaimanapun ia hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta perisai itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Amran, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di kampung halaman isterinya di Pahang Tua dekat sini.

Jelasnya, Mohd Amirnuddin yang mengalami kecederaan ringan di tangan turut dirawat di hospital sama. - SH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.