Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehadiran Wakil Dewan Ulama Pas di Majlis Deklarasi CETUS TANDA TANYA

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Kehadiran Wakil Dewan Ulama Pas di Majlis Deklarasi CETUS TANDA TANYA

PETALING JAYA: Kehadiran Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri dalam majlis menandatangani Deklarasi Rakyat adalah atas arahan ketuanya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khairuddin berkata, PAS menyokong matlamat program itu iaitu menukar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Namun, Khairuddin yang juga Anggota Parlimen Kuala Nerus menegaskan PAS masih tetap dengan pendirian bahawa sebarang gerakan menukar Perdana Menteri hendaklah dibuat melalui pilihan raya.

“(PAS) hadir dengan mandat daripada Presiden sebagai sokongan umum kepada program tetapi kekal dengan pendirian PAS sebagaimana diputuskan iaitu Perdana Menteri hendaklah ditukar menerusi pilihan raya,” katanya kepada FMT, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadirannya pada majlis menandatangani Deklarasi Rakyat di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya (UM), hari ini.

Selain Khairuddin, pemimpin PAS lain yang dilihat berada pada majlis berkenaan ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Khairuddin berkata, PAS akan terus berjuang untuk menguburkan UMNO terus daripada arena politik negara ini.

“(Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mahu UMNO kekal memerintah dan kerana itulah beliau berjuang Najib diturunkan sekarang.

“PAS pula berpendirian bahawa UMNO tidak lagi boleh diharapkan untuk menjadi pemerintah negara ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.