Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KU LI PUN DESAK GUAN ENG PERGI BERCUTI!!!

SEMUT HITAM
KU LI PUN DESAK GUAN ENG PERGI BERCUTI!!!
Hehehe!!! Makin pening la kepala Si Guan Eng ni nampak gayanya. Makin hari, makin ramai pulak orang yang mendesak supaya dia ambik cuti panjang supaya siasatan dapat dijalankan.

Ketua Menteri Pulau Pinang tu dinasihatkan mengambil cuti sementara bagi memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung isu pembelian rumah banglonya.

Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kebiasaannya seseorang yang dilemparkan dengan tuduhan seperti itu perlu mengambil cuti berehat buat sementara waktu bagi melancarkan siasatan.
"Biasanya kes seperti salah guna kuasa, rasuah, sepatutnya mereka (Lim Guan Eng perlu) bercuti untuk beri laluan kepada pihak pemeriksa memeriksa sebaik-baik apa yang telah berlaku," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen tadi.
Beliau mengulas mengenai desakan daripada pelbagai pihak yang mendesak supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu bercuti sementara dan menyerahkan segala tugasnya kepada timbalannya sehingga selesai penyiasatan.
"Maknanya dia bercutilah, cuti-cuti Malaysia," katanya sambil ketawa.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun turut mendesak Guan Eng memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan ke atas skandal yang terpalit kepadanya sekarang.
"Sepatutnya dia (Ketua Menteri P.Pinang) perlu jawab segala tuduhan itu dan penyiasatan. Saya tinggalkan kepada dia untuk membuat keputusan. Dia sepatutnya tahu apa yang dia perlu buat," katanya lagi.
Guan Eng sebelum ini dilaporkan membeli banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown dengan harga RM2.8 juta berbading harga pasaran bernilai sekitar RM6 juta hingga RM6.5 juta. Beliau kemudiannya menyifatkan pembelian itu atas dasar suka sama suka dan tiada unsur paksaan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.