Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAIN YANG ORANG SURUH, LAIN YANG DIBUAT WAN AZIZAH!!!

SEMUT HITAM
LAIN YANG ORANG SURUH, LAIN YANG DIBUAT WAN AZIZAH!!!
Haduyai!!! Kalau orang kata dia ni 'BEBAL', tau pulak Macai Pakatan Haprak tu marah sampai tahap berguling - guling atas jalan raya dibuatnya. Tapi nak buat macam mana. Memang itu hakikatnya.

Rasanya, lain sangat orang suruh Si Wan Azizah ni buat. Tapi kenapa lain pulak tindakan yang diambil? Sebelum ni, orang suruh bawak usul 'Undi Tidak Percaya' terhadap YAB Perdana Menteri.

Perkara tersebut telah dicadangkan oleh PAS. Kata mereka, sekiranya usul tersebut dibawa oleh Ketua Pembangkang, iaitu Wan Azizah, maka mereka akan pastikan semua Ahli Parlimen PAS menyokongnya.


Jadi, kenapa pulak Si Wan Azizah tu buat kerja 'Pandir' dan pergi bawak usul tak percaya terhadap Peguam Negara? Yang tu takde sapa suruh pun. Yang dia gatal sangat nak bawak kenapa?

Kan dah tak pasal - pasal je Si Wan Azizah tu hilang kemaluan apabila usul yang cuba dibentangkan itu telah ditolak oleh Parlimen berdasarkan kepada syarat yang telah ditetapkan.

Bila usul tu ditolak, banyak pulak alasan yang Si Wan Azizah tu bagi. Kononnya dia kata pihak dia akan mengkaji sama ada usul tersebut ditolak berdasarkan kepada alasan yang munasabah.
KUALA LUMPUR: Parlimen telah menolak usul pembangkang yang mahu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali disingkirkan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengemukakan usul itu pada 21 Februari lalu berkata usul itu telah ditolak oleh Speaker dengan alasan 'ia tidak sesuai dengan Perlembagaan'. "Kami akan mengkaji keputusan itu, sama ada ia ditolak atas dasar itu atau jika ia mempunyai alasan ," kata Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.
Soalnya, kenapa Si Wan Azizah tu tak nak bawak usul "Undi Tidak Percaya" terhadap YAB Perdana Menteri seperti mana yang dicadangkan oleh PAS sebelum ini? Takkan Si Wan Azizah tu takut PAS main 'Tikam Belakang' seperti mana yang biasa diorang buat kot!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.