Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video 'PERGADUHAN': Bakar Papan Tanda Anwar, Penyokong PKR "Serang" Jamal

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Video 'PERGADUHAN': Bakar Papan Tanda Anwar, Penyokong PKR "Serang" Jamal

KUALA LUMPUR – Pimpinan PKR dan sayap pemudanya (AMK) menyerang kumpulan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Selangor, Datuk Jamal Md Yunos yang mahu membakar papan tanda ‘Selamatkan Anwar’ yang dipasang sekitar daerah itu petang tadi.

Pergaduhan tersebut tercetus apabila kumpulan pro-Anwar itu menghalang tindakan membakar papan tanda tersebut sehingga berlaku pergaduhan mulut.

Bagaimanapun pergaduhan mulut itu berjaya diselesaikan tidak lama selepeas itu.


Jamal Tampal Sepanduk “Anwar Masukkan Batang Zakarnya Ke Dalam Dubur Lelaki Secara Paksa” di billboard #BebaskanAnwar

Kumpulan pro-Anwar itu menegaskan permit untuk menaikkan papan tanda tersebut telah diluluskan oleh kerajaan tempatan masing-masing.

Jamal dalam satu kenyataan semalam berkata protes itu akan dilakukan berhadapan restoran di Taman Ahmad Razali, Ampang, Selangor.

Menurut Jamal tindakan untuk membakar papan tanda ‘Bebas Rakyat, Bebas Anwar’ itu sebagai sebagai tanda protes atas tindakan kerajaan Selangor yang mengunakan dana kerajaan negeri untuk kempen politik.

Walaupun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan, Jamal dan kumpulannya telah menampal satu kain rentang di atas papan tanda tersebut bagi menjelaskan kesalahan Anwar Ibrahim yang sebenar adalah kesalahan meliwat dan bukannya tahanan politik seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Bantahan ini katanya bagi memberi isyarat kepada pihak terlibat termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali yang didakwa ‘menghina keputusan mahkamah’ dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. – SuaraTV

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.