Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAK JANDA KEMPUNAN TAK DAPAT NAIK TESLA!!!

SEMUT HITAM
MAK JANDA KEMPUNAN TAK DAPAT NAIK TESLA!!!
Haduyai! Kesian betul tengok Si Mak Janda sorang ni. Orang lain ramai jugak yang pegang status Janda ni. Tapi takde la sampai tahap sanggup memalukan diri sendiri macam yang dilakukan.

Keliru dan Mengelirukan. Itu dua perkara yang sering berlaku kepada puak - puak Pakatan Haprak ni sebab diorang ni mudah sangat lupa diri. Maka, termasuk la Si Mak Janda sorang ni.

Punya la dia takde idea yang nak dijadikan sebagai bahan jajaan modal Politik Murahan, terpaksa la Si Mak Janda ni buat perbandingan yang boleh dilabelkan 'TERBODOH' setakat hari ini.

Ada ke dia nak samakan isu mengenai pemotongan bantuan biasiswa penuh kepada pelajar dengan isu kereta Tesla? Memang tak masuk akal lansung.

Dia main tuduh ikut sedap kepala lutut dia je tanpa membuat sebarang semakan terlebih dahulu. Sama la macam sewaktu dia menabur fitnah kepada bekas calon Barisan Nasional sebelum ini.

Si Nurul Izzah tu jelas tak faham isu yang berkaitan dengan kereta Elektronik tu. Tapi dia tetap main sebat je ikut suka hati dia. Sedangkan penjelasan mengenai isu tu sudah pun dibuat.

Dari apa yang dijelaskan, kereta Tesla tu BUKAN dibeli untuk kegunaan pihak Kerajaan. Tetapi ianya akan digunakan oleh syarikat - syarikat yang ada kaitan dengan Kerajaan (GLC).

Dan bukannya GLC tu beli, sebaliknya Tesla hanya bagi 'Sewa' selama 2 tahun untuk tujuan membangkitkan kesedaran awam mengenai penggunaan kenderaan tanpa menggunakan minyak.

Bila kita sebut GLC yang sewa, maka diorang la yang tanggung kos sewaan kenderaan tersebut. Takde kaitan pun dengan pihak Kerajaan. Dan import kereta tu juga akan diberi pengecualian cukai.

Kan nampak sangat yang Si Nurul Izzah tu cuba nak mengelirukan keadaan? Kot kalau dia malas sangat nak Google, boleh klik link disini ni. Jangan la setakat nak jadi wakil rakyat, tapi nak buat kerja itu pun dia MALAS!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.