Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Media Australia dakwa Gani Patail dipecat kerana mahu heret Najib ke mahkamah

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Media Australia dakwa Gani Patail dipecat kerana mahu heret Najib ke mahkamah

Wartawan rancangan Four Corners, terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) mendakwa bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat kerana cuba mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke mahkamah.

Dalam laporan yang disiarkan di laman web ABC hari ini, Four Corners mengesahkan bahawa bekas Peguam Negara itu telah membuat rancangan untuk meletakkan tuduhan jenayah penyelewengan terhadap Perdana Menteri sebelum beliau tiba-tiba dipecat daripada jawatannya tahun lepas.

Gani Patail memaklumkan kepada beberapa pegawai kanan pada 23 Julai 2015 mengenai rancangannya untuk berhadapan dengan Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet yang dijadualkan berlangsung pada 29 Julai.

Bagaimanapun sumber memberitahu rancangan Gani Patail tersebut bocor dan kedua-duanya Gani Patail dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat.

Dalam pada itu, rancangan Four Corners bertajuk “State of Fear: Murder and Money in Malaysia” yang akan disiarkan pada malam ini akan menjelaskan perincian pembayaran beratus-ratus juta dolar ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Siasatan oleh media ABC itu telah menjadi tajuk utama dunia pada awal bulan ini apabila wartawan Four Corners ditahan kerana cuba mempersoalkan Najib mengenai jumlah wang yang banyak dalam akaunnya.

Terdapat sekurang-kurangnya empat siasatan antarabangsa terhadap wang yang didakwa berasal daripada dana kerajaan Malaysia, 1MDB.

Peguam Negara Switzerland telah mengumumkan bahawa siasatan telah membongkar jumlah yang disyaki telah disalahgunakan berjumlah kira-kira AS$4 billion.

“Siasatan jenayah yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) mendedahkan terdapat tanda-tanda serius yang dana telah disalahgunakan daripada syarikat-syarikat di Malaysia,” kata Peguam Negara Switzerland, Michael Laubersaid.

“Setakat ini empat kes yang melibatkan tuduhan kelakuan jenayah dari tempoh 2009 hingga 2013 semakin kelihatan,” katanya lagi.

Kontroversi melibatkan Najib bermula tahun lepas apabila pendedahan mengenai penderma dari Timur Tengah yang telah memberikan wang berjumlah AS$ 680 million ke dalam akaunnya.

Januari lalu, Peguam Negara Malaysia yang baru, Mohamed Apandi Ali berkata, wang tersebut adalah derma daripada Arab Saudi yang kemudiannya dipulangkan semula dan akaun tersebut ditutup.

Malah beliau turut menutup penyiasatan oleh SPRM mengenai isu itu. - ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.