Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUNGKINKAH DR. JENIRI INI PEMAKAN DEDAK???

SEMUT HITAM
MUNGKINKAH DR. JENIRI INI PEMAKAN DEDAK???
Heh! Mudah sentimen orang hari ini. Asalkan ada je mana - mana pihak yang cuba 'Back-Up' Perdana Menteri, pasti orang itu akan dilabelkan sebagai 'Pemakan Dedak' atau 'Kaki Pengampu'.

Walhal yang dipertikaikan pada ketika ini ialah mengenai deklarasi yang ditandatangani oleh puak - puak Pakatan Haprak tu sebelum ini. Yang menjadi isunya ialah mengenai soal prinsip.

Atas dasar prinsip itu yang orang pertikai sebab itu yang menjadi isu utamanya. Rata - rata yang melihat, deklarasi itu dibuat atas dasar kepentingan Politik Peribadi sesetengah pihak sahaja.

Mereka meluahkan rasa kecewa dengan menegaskan bahawa deklarasi itu dibuat bukan untuk 'Selamatkan Malaysia'. Jauh sekali ianya untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

Bahkan mereka juga turut berpendapat, mereka yang menandatangani deklarasi itu ada agenda yang tersembunyi dan bukan hanya sekadar mahu mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Pandangan itu bukan sahaja dizahirkan oleh pemimpin - pemimpin UMNO atau Barisan Nasional semata - mata. Tetapi turut dinyatakan oleh rakyat kebanyakkan diperingkat bawahan.

Demikian juga dengan pandangan golongan Profesional yang juga turut melahirkan rasa curiga mereka terhadap deklarasi yang dibuat. Terutama dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Jeniri Amir ni. Dia pun memberikan pendapat bahawa deklarasi yang dibuat berdasarkan agenda 'Kepentingan Peribadi' itu tidak akan berjaya.
"Saya tidak percaya Deklarasi Rakyat yang ternyata ada agenda peribadi dan agenda lama Tun Mahathir terhadap Najib ini akan mencapai kejayaan dalam waktu singkat.
"Seperti pada PRU pada 2008 apabila akhirnya Barisan Nasional hilang 2/3 kerusi dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) tersungkur dari kerusi Perdana Menteri," katanya kepada Antarapos.
Bermakna dalam erti kata lainnya, gerakan nak menjatuhkan Perdana Menteri pada tahun 2008 itu yang menjadi diantara punca utama Barisan Nasional hilang Majoriti 2/3 di Parlimen.

Pokok pangkalnya, Prinsip asas kepada deklarasi itu, nak menjatuhkan Perdana Menteri tu sahaja dah tidak betul walaupun dikalangan pemimpin UMNO yang menandatangani deklarasi itu berkata sebaliknya. ATAU, dalam kata mudahnya, pemimpin UMNO yang terlibat tu semuanya dah kena kencing!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.